Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Peugeot Hasilkan 508 Hibrid Berprestasi Tinggi

Pada Oktober tahun lalu, Peugeot mengesahkan komitmen mereka untuk menghasilkan barisan kereta sport elektrik. Tidak sampai enam bulan selepas pengumuman itu dilakukan, syarikat dari Perancis itu telah mendedahkan sebuah kereta konsep yang akan dibawa ke acara Geneva Motor Show 2019 pada bulan Mac ini.

Banner.BHP.Infiniti.Thematic.Web.GG.BM

Dikenali secara rasmi sebagai 508 Peugeot Sport Engineered, model konsep ini dibina menggunakan 508 Hybrid sebagai asas. Gandar hadapan dipacu oleh gabungan enjin PureTech 200 dan motor elektrik 107 hp, manakala gandar belakang digerakkan oleh sebuah motor elektrik 201 hp.

concept-508-peugeot-sport-engineered-gohedgostan-04

Kuasa keseluruhan tidak didedahkan, namun menurut Peugeot sedan ini boleh memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 4.3 saat, dengan kelajuan maksimum mencecah 249 km/j. Penggunaan bateri 11.8kW membolehkan ia dipandu sejauh 50 km dengan hanya menggunakan kuasa elektrik.

concept-508-peugeot-sport-engineered-gohedgostan-02

Bagi membezakan ia dengan model biasa, 508 konsep ini didatangkan dalam warna Selenium Grey dengan cermin sisi gentian karbon. Selain reka bentuk bampar hadapan baharu dan diffuser, model ini turut mendapat bilah dan sirip ‘quarter panel’ bagi meningkatkan daya aerodinamik.

concept-508-peugeot-sport-engineered-gohedgostan-03

Ruang kabin pula menampilkan upholsteri Alcantara dan kemasan Kryptonite pada pemegang pintu dan papan pemuka. Turut disertakan adalah tempat duduk ‘comfort fit’ serta i-Cockpit yang merangkumi skrin sentuh 10 inci dan panel instrumen digital 12.3 inci.

 

Previous post

McLaren Tidak Mahu SUV!

Next post

Pusat 3S Mitsubishi Dibuka di Cheras

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *