Berita Auto

Volkswagen Alor Setar Dinaik Taraf Jadi Pusat 4S

Volkswagen Alor Setar yang dikendalikan oleh Lee Motors Autohaus Sdn. Bhd. telah dinaik taraf daripada sebuah pusat 3S kepada 4S, lengkap dengan kemudahan badan dan cat. Ini sekaligus menjadikan jumlah pusat 4S Volkswagen di Malaysia setakat ini 10 buah.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Volkswagen Alor Setar merupakan sebuah pusat sehenti yang mempunyai tiga tingkat. Dengan ruang seluas lebih 35,352 kaki persegi, bilik pamerannya terletak di tingkat bawah, perkhidmatan selepas jualan di tingkat dua manakala kemudahan badan dan cat berada di tingkat tiga. Cawangan ini terletak di kawasan Aman Central yang strategik dan merupakan hab perniagaan utama di Kedah.

Bengkel badan dan cat menawarkan perkhidmatan seperti baik pulih kemalangan, kemasan cat, semburan semula, mengetuk panel, penjajaran casis dan mengadun cat. Kemudahan yang ada termasuklah bilik semburan cat, dua ruang persediaan, ruang mengggilap dan kemasan akhir, serta satu ruang pengangkat.

Car O Liner Alignment Bench

Ruang penjajaran Car-0-Liner ada disediakan dan dikendali oleh tukang ketuk dan cat panel terlatih. Volkswagen Alor Setar juga menggunakan cat berasaskan air yang terbaik di dunia iaitu Cromax Pro Waterbase di bengkelnya.

Bukan itu sahaja, pusat 4S itu dilengkapi lif kargo, peralatan diagnostik yang diluluskan oleh Volkswagen Jerman dan sistem CCTV khas. yang membolehkan pelanggan melihat kenderaan mereka diservis dari ruang istirehat yang selesa.

Spray Booth

Volkswagen Alor Setar beroperasi dari Ahad hingga Jumaat bermula jam 9 pagi hingga 6 petang dan ditutup pada hari Sabtu serta cuti umum. Waktu bekerja melibatkan urusan jualan, servis serta badan dan cat.

Previous post

BMW Group Malaysia Catat Jualan 14,338 Unit pada 2018

Next post

Kempen 'Capture More With Renault' Tawar Hadiah Wang Tunai Sehingga RM8,888

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *