Berita Auto

Kempen ‘Capture More With Renault’ Tawar Hadiah Wang Tunai Sehingga RM8,888

Kempen ‘Capture More with Renault’ anjuran TC Euro Cars (TCEC) memberikan peluang kepada pelanggannya untuk memenangi wang tunai sehingga RM8,888, lebih banyak tawaran hebat dan perlindungan sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang akan datang.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Kempen ini memberi peluang kepada pelanggan untuk menguji kepandaian masing-masing dalam peraduan ‘Guess and Win’ di mana pelanggan peluang untuk memenangi hadiah-hadiah wang tunai yang hebat. Pemenang hadiah pertama akan membawa balik wang tunai sebanyak RM8,888, diikuti dengan hadiah kedua RM3,888 dan hadiah ketiga RM1,888.

Untuk mengambil bahagian, pelanggan yang membeli kenderaan Renault dalam tempoh kempen ini perlu meneka jumlah limau mandarin yang dimasukkan ke dalam ruang but Captur yang dipamerkan di 8 cawangan bilik pameran Renault di Petaling Jaya, Glenmarie, Puchong, Setia Alam – Selangor, Setapak – Kuala Lumpur, Butterworth, Ipoh dan Johor Jaya.

Renault Koleos

Tawaran menarik model-model terpilih juga disediakan sempena kempen ini. Captur kini boleh didapati pada harga RM99,999 (harga normal RM105,980) dengan pakej servis percuma selama 5 tahun atau perbatuan 100,000 km termasuk alat ganti dan upah, serta jaminan penuh pengeluar selama 5 tahun tanpa had perbatuan.

Selain itu, unit terhad Koleos 2WD kini ditawarkan dengan harga istimewa bermula daripada RM169,840 (harga biasa RM173,840). Ini termasuk jaminan pengeluar penuh selama 5 tahun tanpa had perbatuan, serta pakej servis percuma selama 5 tahun atau 100,000 km termasuk alat ganti dan upah. Tambahan lagi, pelanggan juga akan menikmati hadiah tambahan percuma iaitu Raytech Solar and Security Tint bernilai sehingga RM1,800.

Previous post

Volkswagen Alor Setar Dinaik Taraf Jadi Pusat 4S

Next post

Audi Q8 Sekarang Dijual Di Malaysia Dengan Harga RM727,900

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *