Gaya Hidup

SDAC Adakan Promosi Istimewa Sempena Musim Perayaan

Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia mengumumkan pelbagai promosi untuk para pemilik Ford sempena sambutan Thaipusam dan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

“Kami tahu bahawa rakyat Malaysia akan pulang ke kampung halaman untuk bersama ahli keluarga dan perlu menempuh perjalanan yang jauh. Justeru, kami berbesar hati untuk menawarkan promosi dan diskaun servis ini sebagai sebahagian daripada komitmen dalam memastikan semua pemilik Ford dapat pulang dengan selamat,” kata Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz.

Sah mulai sekarang hingga 5 Februari 2019, kempen Perayaan Ford merangkumi pemeriksaan 27 poin kenderaan secara percuma oleh juruteknik bertauliah Ford. Mereka akan memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum pelanggan memandu pulang ke kampung halaman masing-masing untuk beraya atau memulakan perjalanan sempena musim cuti.

Pelanggan boleh menikmati diskaun sehingga 20 peratus ke atas beberapa alat ganti dan pakej terpilih. Hanya alat ganti tulen pengeluar (OEM) digunakan, sekali gus memberi jaminan terhadap kualiti serta ketenangan minda kepada pelanggan.

Bukan itu sahaja, penjimatan tambahan sehingga 10 peratus ke atas caj buruh untuk penggantian minyak pelincir, brek dan pakej tali sawat pemasaan turut ditawarkan.

Sepanjang tempoh ini, pelanggan yang membelanjakan minimum RM350 dalam satu resit di mana-mana pengedar Ford akan menerima hadiah eksklusif Ford. Semua pelanggan yang datang juga akan menerima paket CNY secara percuma.

“Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat hari Thaipusam kepada semua pelanggan beragama Hindu dan ‘Gong Xi Fa Cai’ buat mereka yang merayakannya,” tambah Muzri.

Previous post

Infotainment Geely Generasi Akan Datang Untuk Proton & Lotus

Next post

Subaru Forester e-Boxer Semua Baharu Di Pratonton

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *