Berita Auto

Program BMW Product Genius Tawar Khidmat Pelanggan Yang Diperibadikan

BMW Malaysia telah memperkenalkan Program Pakar Produk BMW (BMW Product Genius Programme) buat julung kalinya di Malaysia. Setakat ini, tujuh BMW Product Genius yang terlatih telah ditempatkan di tiga premis pengedaran di sekitar kawasan Lembah Klang.

BMW Product Genius perlu melalui proses pemilihan yang teliti dan mereka dilatih menerusi pusat pengedaran yang terpilih di bawah penyeliaan BMW Malaysia, sebelum layak digelar sebagai pakar jenama dan produk BMW.

BHP Infiniti Thematic_Web Banner_Gohed Gostan_BM_650x85_FA

Peranan mereka menyinambungkan tugas seorang penasihat jualan kerana mereka memberi tumpuan terhadap membantu pelanggan dalam pelbagai aspek yang melibatkan portfolio kenderaan BMW, bermula dari penganalisaan, persembahan produk sehingga ke penawaran khidmat pandu uji.

“BMW Product Genius juga dibekalkan dengan kemahiran untuk menjelaskan dan mendemonstrasikan kegunaan setiap ciri dan fungsi kenderaan BMW, dan menawarkan maklumat berkenaan manfaat sesebuah produk yang sesuai untuk keperluan spesifik pengguna,” kata Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia.

Menerusi program perintis yang diperkenalkan pada tahun lepas, kelompok pertama BMW Product Genius telah dilatih dan ditempatkan pada awal bulan Disember di tiga pusat pengedaran yang terletak di Lembah Klang: Auto Bavaria Kuala Lumpur, Auto Bavaria Glenmarie, dan Ingress Auto Damansara.

Previous post

BMW M3 G80 Mungkin Hadir Dalam 3 Varian Dengan Kuasa Sehingga 500 HP

Next post

BHPetrol Rai Pelanggan Sempena Tahun Baru Cina

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *