Konsep / Lakaran / Intipan

BMW M3 G80 Mungkin Hadir Dalam 3 Varian Dengan Kuasa Sehingga 500 HP

Menurut seorang ahli forum Bimmer Post yang mendakwa mempunyai maklumat dalaman, BMW M3 generasi seterusnya (G80) akan ditawarkan dengan tiga tahap kuasa termasuk varian teratas ‘Competition’ yang mempunyai 500 hp.

BHP Infiniti Thematic_Web Banner_Gohed Gostan_BM_650x85_FA

Barisan model sedan sport itu akan dimulakan dengan varian asas ‘Pure’ yang mempunyai kuasa paling rendah iaitu 444 hp serta sistem pacuan roda belakang. Ia juga satu-satunya varian yang akan ditawarkan dengan transmisi manual enam kelajuan.

Seterusnya, varian pertengahan M3 yang dikenali sebagai ‘Base’ dikatakan mempunyai 475 hp, kotak gear automatik dan pacuan semua roda xDrive. Varian Competition akan menampilkan konfigurasi yang sama (automatik + xDrive) kecuali ia mempunyai jumlah kuasa yang lebih tinggi.

BMW M3 G80 render 02

Selain itu, ahli forum yang menggunakan nama “ynguldyn” itu turut mendedahkan bahawa semua varian akan mempunyai M Differential, suspensi adaptif, kerusi sport M, dan papan pemuka digital.

Varian Pure dan Base akan didatangkan dengan gabungan rim 18 dan 19 inci, manakala varian Competition dengan rim 19 dan 20 inci. Apa yang menarik, rim Competition akan turut ditawarkan secara pilihan pada varian-varian lain. Varian teratas itu juga mungkin mendapat sistem brek seramik.

Previous post

Ferrari Kembali Jenama No.1

Next post

Program BMW Product Genius Tawar Khidmat Pelanggan Yang Diperibadikan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *