Berita Auto

Pakej Servis Minyak Enjin BMW Kini di Lazada

Pengedar-pengedar BMW yang bertauliah kini menawarkan pakej servis minyak enjin BMW menerusi platform e-dagang, Lazada untuk memberikan pengguna kemudahan akses kepada servis dan minyak enjin original BMW sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk memperkayakan pengalaman pemilikan kenderaan jenama itu.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Pakej yang ditawarkan bermula daripada RM450 dan ke atas bagi model-model yang tertentu dalam kelompok kenderaan 3 Series (E46 dan E90) dan 5 Series (E60). Pakej-pakej tersebut merangkumi minyak enjin original, penapis minyak serta servis yang berkenaan.

Untuk pengalaman pemilikan yang sempurna, pemilik boleh menggunakan Pakej Servis Minyak Enjin BMW menerusi tiga langkah yang mudah:

  1. Beli Servis Penukaran Minyak BMW melalui mana-mana pengedar yang terlibat di Lazada.
  2. Pengedar bertauliah BMW yang berkenaan akan menghubungi pemilik dalam masa satu hari perniagaan untuk menjadualkan sesi janji temu.
  3. Bawa kenderaan anda pada hari yang dijadualkan untuk Servis Penukaran Minyak BMW.

Pakej-pakej tersebut sah menerusi rangkaian wakil pengedar bertauliah BMW yang terlibat dalam penawaran ini, dan ia merangkumi Auto Bavaria Glenmarie , Auto Bavaria Johor Bahru, Auto Bavaria Kuala Lumpur, Auto Bavaria Penang, Auto Bavaria Sungai Besi, Ingress Auto Damansara, Lee Motors Auto Care: Alor Setar, Seong Hoe Premium Motors Melaka, Tian Siang Premium Auto: Butterworth, Tian Siang Premium Auto: Ipoh dan Wearnes Autohaus Tebrau

Previous post

BMW 330e M Edisi Prestasi Sekarang Hanya RM3,278 Sebulan

Next post

Toyota Vios Baharu Dilancarkan - Harga dari RM77k-RM88k

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *