Cerita Auto

Toyota Vios Baharu Dilancarkan – Harga dari RM77k-RM88k

Selepas dipertontonkan ketika Pameran Permotoran Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS18) November tahun lalu, UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) hari ini memperkenalkan secara rasmi Toyota Vios serba baru untuk pasaran tempatan.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Vios tidak hanya menerima wajah baru tetapi turut melibatkan naik taraf dan penambahbaikan lain yang menjadikannya lebih seronok dan selamat dipandu. Semua varian menerima penarafan lima bintang bagi ASEAN NCAP dan dilengkapi dengan tujuh beg udara, kawalan kestabilan kenderaan (VSC) dan kawalan bantuan mula mendaki (HSA).

Toyota Vios

Perubahan paling ketara dibahagian dalam pula ialah rekaan baharu pada papan pemuka, konsol tengah dan panel instrumen, kemasan dan kusyen tempat duduk baru, slot pengecas USB tambahan serta lampu kabin untuk penumpang belakang, ruang barangan yang ditambah serta sistem kawalan pendingin hawa automatik untuk semua varian. Pemanduannya juga menjadi lebih senyap kerana kadar gegaran dan kebisingan kini lebih rendah disebabkan aspek penebat bunyi yang telah ditambah baik.

Toyota Vios

Bagi Vios 1.5G, ia kini didatangkan dengan paddle shifters dan rim aloi 16-inci sebagai ciri standard. Ia turut menerima meter Optitron berwarna dengan paparan pelbagai maklumat serta sistem infotainmen DVD-AVX dengan ciri USB.

Toyota Vios

Ciri-ciri standard lain termasuk kemasan kulit, cermin pandang belakang electrochromic serta suis Drive Mode. Faktor keselamatan juga dipertingkat dengan adanya ciri seperti Blind Spot Monitor, Panoramic View Monitor, Front Digital Video Recorder dan Rear Cross Traffic Alert – ciri-ciri yang sebelum ini hanya ada pada model Toyota yang lebih besar.

IMG_3609

Dibuka untuk pandu uji di semua bilik pameran Toyota seluruh negara bermula hari ini, Vios serba baru ini datang dengan jaminan lima-tahun (tanpa had perbatuan). Pemilik juga akan menikmati keahlian 24SEVEN Road Assist bagi tahun pertama. Ini membolehkan pemilik menerima bantuan tepi jalan hanya dengan satu panggilan telefon sahaja, 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.

Toyota Vios

Vios serba baru ini merupakan model pertama UMW Toyota Motor yang dikilangkan di kemudahan baru bertempat di Kawasan Perindustrian Bukit Raja, Klang, Selangor. Merupakan satu daripada kilang Toyota yang paling moden di dunia, ia dibina selari dengan hala tuju pengilangan kenderaan baru berkecekapan tinggi oleh kerajaan Malaysia.

IMG_3600

Jadual berikut menunjukkan harga bagi setiap varian Vios:

capture-20190124-185919

Anda juga boleh baca ulasan ringkas kami mengenai sedan ini di sini.

Toyota Vios

20190117_Vios1570

Toyota Vios

Toyota Vios

20190117_Vios1853

Previous post

Pakej Servis Minyak Enjin BMW Kini di Lazada

Next post

Kenalan Mangsa Kemalangan Alihkan Sendiri Kereta Yang Terbabit

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *