Motosikal / Lain Lain Roda

Vespa Primavera Edisi Ulang Tahun ke-50 Dilancarkan

Naza Premira Sdn Bhd, pengedar rasmi Vespa di Malaysia telah melancarkan Primavera Edisi Ulang Tahun ke-50 (50th Anniversary Edition) bagi meraikan model itu yang diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 1968.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Model istimewa ini dilengkapi dengan enjin 150 cc empat lejang generasi terbaru yang menjanjikan prestasi tinggi serta penjimatan bahan api. Antara ciri baharu yang disertakan adalah ‘tie’ hadapan, kemasan krom pada madgad hadapan serta rim aloi lima jejari bersaiz 12 inci.

Model terbaru ini juga lebih menonjol dengan dua pilihan warna iaitu Light Blue dan Brown, pelana berwarna putih, cat kelabu pada rim serta logo yang elegan pada bahagian belakang.

Capture One Catalog40963 copy (1)

Primavera boleh dimiliki dengan pelbagai aksesori termasuk top box yang boleh memuatkan sebiji topi keledar muka penuh. Top box ini boleh didatangkan dengan perehat belakang (back rest) yang menampilkan material yang sama dengan pelana. Tapak kromium di mana top box dipasang juga boleh digunakan sebagai rak bagasi.

Perlindungan maksimum dijamin oleh penghadang angin anti-chip methacrylate atau flyscreen yang boleh didapati dalam versi lutsinar atau tinted.

Capture One Catalog41151 copy (1)

Selain itu, pelanggan juga boleh mendapatkan rak bagasi depan dan belakang, serta pelindung krom sisi depan dan belakang.

Vespa Primavera Edisi Ulang Tahun ke-50 dijual pada harga RM16,300 (harga atas jalan tanpa insurans).

picture 2

 

Previous post

Perlumbaan Akhir Klinik Cub Prix KBS Penutup Kalendar Musim 2018

Next post

Mercedes-Benz G 350 d Pertaruh Enjin Diesel Enam Silinder Baharu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *