Berita Auto

Toyota Hilux Black Rally Edition Rekaan TRD

Sejak kebelakangan ini, Toyota Racing Development (TRD) kelihatan sibuk dengan produk-produk terbaru mereka. Selepas melancarkan pakej naik taraf untuk Camry dan Avalon bagi pasaran Amerika Utara, TRD kini memperkenalkan Hilux edisi istimewa yang dilengkapi dengan pelbagai aksesori divisyen itu.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Dikenali sebagai Hilux Black Rally Edition, model ini tampil lebih agresif dengan jeriji TRD, plat perlindungan TRD, muncung ekzos berkembar dengan kemasan krom, sports bar dan kemasan merah pada perumah lampu kabus.

toyota-hilux-black-rally-edition

Turut disertakan adalah grafik pada bahagian sisi badan, pemijak sisi, rim double spoke yang dipadankan dengan tayar Dunlop Grandtrek All-Terrain serta mudguard TRD. Sayangnya, tiada naik taraf enjin atau transmisi disediakan pada model ini.

Boleh didapati dalam versi Extended Cab atau Crew Cab, Hilux Black Rally Edition akan dipamerkan di acara Tokyo Auto Salon 2019 bersama-sama dengan satu lagi model TRD iaitu Prius facelift.

 

 

Previous post

Pencemaran Air Di Stesen Petrol PETRONAS Serdang

Next post

Korea Selatan Denda BMW USD10 Juta ... Jangan Beli BMW Import 'Kelabu' Atau Terpakai

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *