Cerita Auto

Nissan Serena Tampil Lebih Mewah Dengan Kit J IMPUL

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah memperkenalkan Nissan Serena J Impul baharu, varian mewah Serena S-Hybrid yang telah dipertingkatkan secara dinamik dan lebih premium.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Apa yang membezakan antara Serena J Impul dan versi standard adalah ‘lip spoiler’ krom pada bampar depan dan belakang, serta rim Impul Millenium bersaiz 18 inci yang didatangkan dalam warna hitam berkilat.

6. Mocha-coloured Diamond Quilted Premium Leather Seats

Menurut Nissan, spoiler tersebut mampu meningkatkan ‘downforce’ sebanyak 10% supaya lebih stabil pada kelajuan tinggi. Bahagian dalaman pula dihiasi dengan upholsteri kulit premium berwarna perang dengan sulaman bermotifkan berlian.

Berikut adalah senarai harga bagi semua varian Serena S-Hybrid:

Nissan Serena J Impul Price

Nissan Serena J Impul didatangkan dengan jaminan selama 5 tahun tanpa had perbatuan sementara aksesori pula didatangkan dengan jaminan selama 3 tahun atau 100,000 km.

4. New Nissan Serena J IMPUL Rear_jpeg

Pemilik Serena S-Hybrid yang berminat untuk mendapatkan kit J Impul ini boleh menghubungi talian 03-4047 8786 atau e-mel ke impul@tanchonggroup.com.

Previous post

Mitsubishi e-Evolution ...... Adakah ini EVO yang anda nanti-nantikan?

Next post

Perodua Sumbang 50 Buah Myvi Kepada Bomba, 25 IPT

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>