Berita Auto

Porsche Centre Johor Bahru Akan Dibuka Pada 2020

Sime Darby Auto Performance (SDAP), pengimport rasmi kenderaan Porsche di Malaysia, akan memperluaskan jejaknya ke selatan tanah air menerusi Porsche Centre Johor Bahru.

Dengan pelaburan bernilai RM48 juta, pusat ini mempunyai keluasan 58,311 kaki persegi dan dibina di atas kawasan berukuran 74,052 kaki persegi. Ia merupakan pusat Porsche kedua yang terletak di luar Lembah Klang selepas Porsche Centre Penang yang dilancarkan pada tahun lalu.

BHP

Porsche Centre Johor Bahru merupakan pusat 4S yang menyediakan bilik pameran, bengkel servis, gudang alat ganti serta pusat badan dan cat yang canggih. Ia mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Porsche AG dengan menawarkan peralatan dan alat ganti tulen serta kakitangan terlatih.

“Kami melihat potensi besar di pasaran selatan, dengan Porsche Centre Johor Bahru yang akan datang, ia menandakan satu lagi peristiwa penting untuk Porsche di Malaysia,” kata Christopher Hunter, Ketua Pegawai Eksekutif SDAP.

Kerja pembinaan dijangka bermula pada akhir tahun ini, manakala operasi akan bermula pada suku pertama tahun 2020.

Previous post

Naza Kia Malaysia Lancar Optima GT, Sorento dan Grand Carnival Facelift

Next post

Kemalangan Ketika Memandu Uji Kereta

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *