Cerita Auto

Lexus Bakal Pamerkan Kecanggihan Teknologi di KLIMS 2018

Orang ramai yang berkunjung ke Pameran Permotoran Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS 2018) nanti akan turut berpeluang menyaksikan sendiri kehalusan pembuatan automotif serta ketelitian pengeluaran kenderaan Lexus yang akan dipersembahkan jenama mewah ini dalam acara berkenaan.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Rangkaian teknologi canggih Lexus serta beberapa kenderaan terbaik yang pernah dihasilkan bagi segmen masing-masing seperti RX300 Special Edition dan LC500 akan dipamerkan sepanjang acara yang bermula dari 23 November hingga 2 Disember 2018, bertempat di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Dutamas Kuala Lumpur.

Pengunjung akan dapat melihat dengan lebih jelas komitmen Lexus berkaitan kehalusan pembuatan ini melalui kotak pameran khas, merangkumi bahagian-bahagian kenderaan yang mempamerkan ketelitian serta kesungguhan yang dicurahkan terhadap setiap komponen di dalam sesebuah kenderaan. Lebih menarik, komponen-komponen yang terlibat akan dipertontonkan secara berasingan.

lexus-ls+-concept-tokyo-motor-show-gallery-009-1920x1080_tcm-3157-1155741

Tarikan utama yang akan dipamerkan ialah model LS+ Concept yang memainkan peranan penting dalam pembangunan sistem pemanduan autonomous oleh jurutera-jurutera Lexus serta menjadi penyumbang penting ke arah matlamat dunia tanpa kemalangan jalan raya. Pelbagai komponen yang dibangunkan untuk teknologi pemanduan masa hadapan juga ada melengkapi model berkenaan untuk didekati pengunjung.

Selain itu, ES generasi ketujuh juga akan membuat penampilan sulung sebelum pelancaran rasminya di Malaysia. Model baru ini dilengkapi dengan teknologi canggih yang pelbagai, hadir dengan sentuhan rekaan elegan yang sekali gus menjadi cerminan kepada keupayaan dinamiknya. Enjin 2.5 liter baru akan ditawarkan bagi sedan eksekutif ini, diganding bersama sistem transmisi lapan-kelajuan Direct Shift yang pertama kali ditampilkan bagi model berkenaan.

Lexus-UX-2019-620x350

Model terkini lain yang turut akan ditampilkan buat pertama kali ialah UX serba baru. Kenderaan Urban Crossover (UX) ini menandakan penyertaan Lexus ke dalam segmen berkenaan, dan ia sekali gus mempamerkan banyak penawaran pertama terbaru bagi model Lexus akan datang. Ini termasuk penggayaan unik, rekaan dan material ruang dalaman yang segar dan untuk pertama kali bagi Toyota Motor Corporation, pembangunannya diketuai oleh Ketua Jurutera wanita.

Dengan teknologi imajinatif menjadi sebahagian daripada nilai teras Lexus, pengunjung juga akan dapat menyaksikan satu pencapaian baru bagi rekaan yang dihasilkan oleh pasukan dari Malaysia untuk Anugerah Rekaan Lexus yang diadakan di Milan pada tahun 2017.

Lexus-ES-2019-1024-03

Pasangan dari Malaysia, Paul Yong Rit Fui dan Jaihar Jailani Bin Ismail yang merupakan pengasas bersama Aesthetid menghantar rekaan menakjubkan yang bertujuan untuk membantu mengenal pasti kesegaran telur melalui pigmen warna pada kulit telur. Rekaan “Honest Egg” berkenaan menjadi sesuatu yang sangat unik dan berbeza, maka untuk itu ia diberi penghormatan sebagai pemenang pertama pilihan orang ramai bagi Anugerah Rekaan Lexus 2018 di Minggu Fesyen Milan tahun ini.

Previous post

Extravaganza Akhir Tahun Auto Bavaria Hujung Minggu Ini

Next post

Jaguar Singapura Bekerjasama Dengan Changi Rewards

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>