Promosi / Tawaran / Peraduan

Jaguar Singapura Bekerjasama Dengan Changi Rewards

Jaguar Singapura adalah pembuat kereta mewah pertama yang berkerjasama dengan Changi Rewards, program kesetiaan Lapangan Terbang Changi. Wearnes Automotif, pengedar sah tunggal kereta Jaguar di Singapura, telah mengumumkan pelancaran Koleksi Lifestyle Jaguar di platform Changi Rewards.

Reka bentuk mewah dan produk yang dibuat dengan teliti menjadi teras jenama Jaguar, dan jenama automotif British telah mengorak langkah ke hadapan dengan Changi Airport Group (CAG). Bermula bulan ini, pelbagai barangan Jaguar berjenama akan ditawarkan kepada semua ahli Changi Rewards sebagai sebahagian daripada katalog penebusan kesetiaan.

Jaguar Singapura melihat Changi Rewards sebagai rakan strategik untuk melancarkan Koleksi Lifestyle 18/19 Jaguar, yang akan terdiri daripada satu siri barangan pengumpul kereta die-cast Jaguar, pakaian yang berorientasikan perniagaan, barang kulit, penutup telefon pintar dan sebagainya.

Kerjasama Jaguar Collection X Changi Rewards secara rasmi telah dilancarkan dan kini boleh didapati secara dalam talian melalui laman web CR, katalog dalam talian dan aplikasi mudah alih.

Previous post

Lexus Bakal Pamerkan Kecanggihan Teknologi di KLIMS 2018

Next post

Proton X70 Dapat Lima Bintang ASEAN NCAP

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *