Gaya Hidup

PROTON Exora Catat Nama Dalam Malaysia Book Of Records

Catatan rekod ‘Bilangan Orang Paling Ramai dalam MPV’ Malaysia Book of Records telah disampaikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Gobind Singh Deo di Sunway Velocity Mall pada 28 September kepada PROTON.

BHP

Rekod terbaharu diraih dengan kereta Proton Exora, yang digunakan semasa pusingan akhir Cabaran Ace the Space. Seramai 55 peserta dari pasukan Girls Power dari Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) telah berjaya dimuatkan dalam MPV tersebut, sekali gus mencipta rekod baharu dalam Malaysia Book of Records dan mengalahkan rekod sebelum ini iaitu seramai 41 peserta di dalam sebuah kereta Proton yang diperoleh semasa pusingan awal. Rekod terbaharu ini akan memberikan dorongan kepada PROTON untuk menambah lebih banyak rekod termasuklah cubaan untuk memasuki Guinness Book of World Records.

Model PROTON yang dipamerkan di jelajah MBR Live! adalah Proton Ertiga dan Proton Exora yang digunakan untuk menciptakan rekod tersebut. Orang ramai juga telah dijemput untuk menyahut cabaran dengan memuatkan seramai yang boleh di dalam kereta yang sama untuk membuktikan keluasan sebuah Proton Exora.

Menurut Abdul Rashid Musa, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar, Syarikat telah melibatkan diri dalam siri jelajah ini untuk membawa jenama dan kereta-keretanya lebih dekat kepada rakyat Malaysia.

PROTON, sebagai sebahagian daripada jelajah Malaysia Book of Records Live, memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk mencatatkan rekod sewaktu acara tersebut berlangsung, yang diadakan di Sunway Velocity Mall, Cheras bermula 28-30 September 2018. Dilancarkan oleh YB Gobind Singh Deo, MBR Live! adalah jelajah pertama yang dianjurkan oleh Malaysia Book of Records dan diadakan bersempena dengan bulan Merdeka dan hari Malaysia. Semasa jelajah selama 3 hari itu, semua rakyat Malaysia digalakkan untuk mencipta rekod baharu.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi PROTON, www.proton.com

IMAGE_MBR LIVE_PROTON RECEIVED AWARD

Previous post

‘BMW Motorrad Nightfuel’ Di Johor

Next post

Elon Musk & Tesla Didenda USD20 Juta

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *