Motosikal / Lain Lain Roda

‘BMW Motorrad Nightfuel’ Di Johor

Acara gaya hidup BMW Motorrad Malaysia yang ulung kini kembali untuk menyatukan penggemar-penggemar motosikal premium dari seluruh negara dengan makanan dan muzik. Acara ini yang akan berlangsung di medan parkir kereta Puteri Harbour Front merupakan edisi kelima BMW Motorrad Nightfuel dan akan menampilkan aktiviti-aktiviti yang menarik sepanjang program tersebut untuk dinikmati oleh para penggemar motosikal dan peminat BMW Motorrad. Dengan sesi ‘Win with BMW Motorrad’ yang akan diadakan, para hadirin juga berpeluang untuk membawa pulang hadiah-hadiah yang istimewa.

BHP

Tambahan lagi, pengunjung bakal menyaksikan BMW Motorrad Malaysia merungkaikan model kenderaan terbaharunya sewaktu acara tersebut.

Pengunjung perlu mendapatkan tiket untuk menghadiri acara BMW Motorrad Nightfuel ini yang akan berlangsung di Johor. Pendaftaran awal dalam talian sudah tutop pada 30September 2018 tetapi pemilik dan juga peminat BMW Motorrad boleh mendapatkan tiket yang berharga RM60/- setiap satu di pintu masuk dihari dan waktu acara di langsungkan.

Butiran mengenai acara ini:

Tarikh             :           6 Oktober 2018, Sabtu

Masa               :           7:00 malam sehingga 11:00 malam

Lokasi            :           Puteri Harbour Front (Medan Parkir Kereta)

Persiaran Puteri Selatan, Kota Iskandar,

79100 Nusajaya, Johor.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai BMW Motorrad Nightfuel atau atas urusan pembelian tiket penyertaan, sila layari laman web BMW Motorrad Malaysia DI SINI. Jika anda ingin menyertai konvoi yang bakal dianjurkan, sila hubungi wakil pengedar BMW Motorrad yang bertauliah berhampiran anda.

Klik DI SINI untuk mengetahui lebih lanjut tentang acara terdahulu BMW Motorrad Nightfuel yang telah berlangsung di Putrajaya.

Screen Shot 2018-10-02 at 2.49.12 PM

 

Previous post

Hyundai i30 Fastback N Muncul di Paris Motor Show

Next post

PROTON Exora Catat Nama Dalam Malaysia Book Of Records

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *