Berita Auto

Peugeot 308 THP Baharu Kini Dipertontonkan di 1Utama

Nasim Sdn Bhd kini sedang mempertontonkan tawaran terbaru mereka iaitu Peugeot 308 THP baharu di siri jelajah Peugeot Motion & Emotion yang bertempat di pusat beli-belah 1Utama.

BHP

308 THP menampilkan bahasa reka bentuk terkini jenama Perancis itu menerusi bampar hadapan dan bonet yang direka semula serta gril radiator yang mempunyai logo singa Peugeot yang ikonik.

Photo 18

Pada bahagian dalam, model ini didatangkan dengan ciri i-Cockpit yang merangkumi stereng kompak, skrin sentuh HD berukuran 9.7 inci dan paparan ‘head up’ yang diposisikan pada paras mata pemandu.

Ia juga menawarkan ciri ketersambungan seperti MirrorLink, Android Auto dan Apple CarPlay yang membolehkan pengguna menyambungkan telefon pintar mereka. Bukan itu sahaja, kamera undur 180 darjah dengan ciri ‘auto zoom’ pula memudahkan pemandu memarkir kenderaan.

Photo 13

Berbanding model pra-facelift, 308 THP baharu dikatakan lebih responsif dengan adanya enjin 1.6-liter THP yang dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan dengan teknologi Quickshift. Kereta ini mempunyai 167 PS pada 6,000 rpm dan 240 Nm pada 1,400 rpm, membolehkannya memecut sehingga 211 km/j.

Selain itu, model ini juga lebih ringan sebanyak 140 kg, lebih kompak dan mempunyai pusat graviti yang lebih rendah untuk tahap kestabilan lebih tinggi. Ia juga dilengkapi dengan ciri-ciri seperti Hill Start Assist, Electronic Stability Program (ESP), Anti-Lock Braking System (ABS) dan Electronic Brake-force Distribution (EBD).

Photo 15

Boleh didapati dalam lima warna iaitu Pearl White, Ultimate Red, Artense Grey, Magnetic Blue dan Nera Black, 308 THP boleh dilihat dengan lebih dekat lagi di 1Utama New Wing sehingga 28 Oktober ini. Ia dipamerkan bersama dengan model-model Peugeot lain iaitu 308 GTi, 3008 SUV, 5008 SUV dan 208 Puretech.

Pada masa yang sama, Peugeot turut mengadakan kempen Year-End Autovaganza dengan tawaran menarik dan penjimatan sehingga RM12,000. Di bawah kempen ini, 308 THP ditawarkan pada harga bermula dari RM129,888, manakala 3008 SUV pula dari RM141,888. 5008 SUV dijual pada harga RM172,888 dan 208 Puretech boleh menjadi milik pada harga RM86,888.

Photo 8

Semua model Peugeot didatangkan dengan jaminan selama lima tahun atau 120,000 km, serta perkhidmatan Peugeot Assistance 24 Jam dan akses percuma ke SkyLounge by Naza di Subang Skypark.

Previous post

Avis Malaysia Meraikan Ulang Tahun ke-46 dengan Diskaun 46%

Next post

Isuzu Serah 29 Unit Trak Kepada Nationwide Express

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *