Berita Auto

Isuzu Serah 29 Unit Trak Kepada Nationwide Express

Baru-baru ini, Isuzu Malaysia telah menyerahkan 29 unit trak baharu kepada syarikat kurier dan logistik tempatan terkemuka, Nationwide Express Courier Services Sdn Bhd.

Majlis penyerahan tersebut berlangsung di ibu pejabat Nationwide Express di Shah Alam, di mana 26 unit yang diserahkan merupakan trak tugas ringan dan 3 unit pula adalah trak tugas sederhana. Kesemua trak tersebut telah diperoleh melalui syarikat pengedar sah Isuzu, Pacific Motor Sdn Bhd.

BHP

Melalui perhubungan perniagaan yang telah lama terjalin, Isuzu Malaysia memenuhi keperluan pengangkutan Nationwide Express dengan trak-trak yang boleh dipercayai dan tahan lasak.

Pemerolehan terkini ini juga selaras dengan perkembangan perniagaan Nationwide Express, dan dijangka dapat meningkatkan keberkesanan operasi harian di samping memastikan perkhidmatan kurier dan lojistik yang ditawarkan kekal pantas dan tiba tepat pada masanya.

Nationwide Express Handover Ceremony Mock Key Presentation

Sebagai tanda simbolik, Atsunori Murata, Ketua Pegawai Operasi, Bahagian Kenderaan Komersial, telah menyerahkan kunci replika kepada Tan Sri Datin Paduka Siti Sa’diah Binti Sheikh Bakir, selaku Pengerusi dan Mohd Khairi Bin Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif Nationwide Express. Ia disaksikan oleh Pengarah Nationwide Express, Azizah Binti Abdul Rahman, Pengarah Urusan Sepadu Fleet Sdn Bhd, Kang Kiang Sing dan Pengarah Urusan Pacific Motor Sdn Bhd, Yap Teck Ngian.

Trak-trak Isuzu yang baru diperoleh akan diagihkan ke pusat-pusat lojistik Nationwide Express seluruh negara untuk memastikan perkhidmatan kurier yang mampu menjimatkan kos dan masa perjalanan. Sewaktu majlis penyerahan, enam trak daripada 29 unit yang diperoleh telah dipamerkan untuk tatapan para hadirin majlis serta staf Nationwide Express.

 

Previous post

Peugeot 308 THP Baharu Kini Dipertontonkan di 1Utama

Next post

Ares Design Tukar Ferrari GTC4Lusso Jadi 412

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *