Berita Auto

Ares Design Tukar Ferrari GTC4Lusso Jadi 412

Ares Design, syarikat talaan yang bertanggungjawab menghasilkan De Tomaso Pantera dan Ferrari 250 GTO versi moden, telah mendedahkan hasil tangan terbaru mereka yang dikenali sebagai Project Pony.

BHP

Apa yang istimewa mengenai Project Pony adalah reka bentuknya yang diinspirasikan oleh sebuah Ferrari empat tempat duduk yang muncul ketika era 80-an iaitu 412. Untuk projek ini, Ares Design menggunakan Ferrari GTC4Lusso sebagai platform.

ares-design-project-pony-1-02

Menggunakan panel gentian karbon, syarikat yang berpangkalan di Modena, Itali itu mengekalkan lubang udara yang terletak di belakang tayar hadapan, namun bahagian-bahagian lain, termasuk bahagian hadapan dengan lampu ‘pop up’, direka semula sepenuhnya supaya kelihatan seperti model asal.

ares-design-project-pony-1-04

Bahagian kabin Project Pony kelihatan hampir sama dengan GTC4Lusso, namun corong pendingin hawa yang asalnya bulat kini menjadi empat segi, manakala stereng ‘flat bottom’ digantikan dengan stereng berbentuk bulat.

ares-design-project-pony-1-05

Kuasa dibekalkan oleh powertrain asal GTC4Lusso iaitu enjin 6.3-liter V12 yang menjana 680 hp dan 697 Nm, serta transmisi klac berkembar tujuh kelajuan.

ares-design-project-pony-1-03

Harga rasmi belum diumumkan, namun laporan mengatakan bahawa ia ditawarkan pada harga bermula dari 700,000 Euro (RM3.3 juta).

Previous post

Isuzu Serah 29 Unit Trak Kepada Nationwide Express

Next post

Ford Ranger Generasi Baharu Dilancarkan di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *