Berita Auto

McLaren Speedtail, Jentera Hyper-GT Yang Mampu Capai Kelajuan 403 Km/j

McLaren Speedtail akhirnya didedahkan secara rasmi oleh pengeluar supercar dari Woking, United Kingdom itu. Digelar sebagai jentera ‘Hyper-GT’, Speedtail merupakan kereta McLaren paling laju setakat ini dengan kelajuan maksimum yang mencecah 403 km/j.

BHP

Seperti dengan model F1 sebelum ini, McLaren hanya akan menghasilkan 106 unit Speedtail dengan harga bermula dari £1.75 juta (RM9.4 juta) setiap satu. Tak perlu keluarkan buku cek anda kerana setiap unit sudah pun ditempah.

mclaren-speedtail-7

Speedtail mempunyai rangka gentian karbon Monocage, manakala panel badannya turut diperbuat daripada bahan yang sama. Menurut McLaren, setiap panel ‘diukir’ untuk dua tujuan iaitu mengurangkan seretan (drag) dan memaksimumkan kelajuan.

mclaren-speedtail-6

Ia juga menggunakan kamera digital yang boleh ditarik sebagai pengganti cermin sisi tradisional serta penutup aero gentian karbon pada roda hadapan. ‘Aileron’ pada bahagian belakang bukan sahaja membuatkan jentera ini kelihatan unik, malah mampu meminimumkan seretan.

mclaren-speedtail-2

Jika dilihat daripada atas, Speedtail mempunyai bentuk titisan air mata (teardrop) dengan bahagian belakang yang panjang untuk mengurangkan pergolakan udara. Ia lebih sempit berbanding P1, tetapi lebih panjang dengan ukuran 5,137 mm hujung ke hujung.

mclaren-speedtail-5

Bahagian dalaman model ini menampilkan susun atur tiga tempat duduk yang juga diperbuat daripada gentian karbon, dengan tempat duduk pemandu berada di tengah kabin. Papan pemuka menampilkan tiga skrin sentuh, manakala butang kawalan yang biasanya terletak di konsol tengah kini berada pada bahagian siling.

mclaren-speedtail-4

Dipacu oleh enjin petrol-elektrik hibrid, jentera seberat 1,430 kg ini mempunyai 1,050 PS yang membolehkan ia melakukan pecutan 0-300 km/j dalam 12.8 saat. Untuk perbandingan, P1 memerlukan 16.5 saat untuk mencapai kelajuan yang sama.

mclaren-speedtail-8

Untuk mencapai kelajuan maksimum, Speedtail akan beroperasi dalam mod Velocity yang dibangunkan untuk mengoptimumkan enjin dan melaraskan sudut ‘aileron’. Kedudukannya juga akan diturunkan sebanyak 35 mm untuk tujuan aerodinamik.

mclaren-speedtail-1

Speedtail merupakan yang pertama daripada 18 kereta baru yang akan diperkenalkan oleh McLaren sebagai sebahagian daripada rancangan perniagaan Track25 syarikat itu.

 

Previous post

Porsche 993 "Projek Emas" Ini Dibeli Dengan Harga € 2.7 Juta

Next post

Jaguar Land Rover Buka Kilang Baru di Slovakia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *