Sukan

Kereta Keselamatan MotoGP BMW M5 Bakal Buat Kemunculan di Kuala Lumpur

Untuk musim ke-20 berturut-turut, BMW M membuat kemunculan di MotoGP sebagai pembekal rasmi kereta keselamatan bagi kejohanan itu.

BHP

Bersempena dengan MotoGP Malaysia edisi 2018 yang akan berlangsung dari 2 hingga 4 November ini, kereta keselamatan MotoGP bagi musim ini iaitu BMW M5 yang dilengkapi dengan bahagian M Performance akan membuat kemunculan di sekitar Kuala Lumpur menerusi konvoi yang turut disertai oleh 530i M Sport, S 1000 RR, serta motor keselamatan S 1000 RR.

Konvoi tersebut akan membuat ‘pit stop’ di Bangsar Village II, di mana sebuah sesi ramah mesra bersama pakar BMW M dan Juara Dunia MotoGP tiga kali, Loris Capirossi akan diadakan. Para peminat juga boleh menyertai cabaran teka-teki dan berpeluang untuk memenangi tiket Grandstand utama.

BMW M5 MotoGP Safety Car (14)

Butiran mengenai ‘pit stop’ tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh : 31 Oktober 2018, Rabu
Waktu : 12:00 Tengah hari
Lokasi : Bangsar Village II 2, Jalan Telawi 1, Bangsar Baru 59100, Kuala Lumpur.

Previous post

Triumph Perkenal Scrambler 1200 XC dan XE

Next post

Porsche 993 "Projek Emas" Ini Dibeli Dengan Harga € 2.7 Juta

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *