Motosikal / Lain Lain Roda

Triumph Perkenal Scrambler 1200 XC dan XE

Triumph telah memperkenalkan barisan Scrambler 1200 baharu yang terdiri daripada dua model iaitu XC yang dibangunkan untuk jalan raya dan off-road, dan XE yang dikhaskan kepada tunggangan off-road yang lebih lasak.

BHP

Kedua-dua model Scrambler ini dikuasakan oleh enjin Bonneville High Power generasi terkini bersesaran 1,200 cc yang menjana 90 PS pada 7,400 rpm dan 110 Nm dari serendah 3,950 rpm. Enjin ini dipadankan dengan transmisi enam kelajuan.

Scrambler_1200_XE_Detail_(28).2935aa77

Runut bunyi signatur Scrambler disampaikan menerusi sistem ekzos yang dilengkapi dengan ‘header’ dan ‘silencer’ yang diperbuat daripada keluli tahan karat.

????????????????????????????????????

Kedua-dua XC dan XE didatangkan dengan spring berkembar boleh laras keluaran Öhlins dengan jarak pergerakan tayar (wheel travel) sebanyak 200 mm untuk XC dan 250 mm bagi XE. Takungan ‘piggy back’ juga disertakan secara standard pada kedua-dua model.

Scrambler_1200_XC_Detail_(1).2935aa77

Selain itu, terdapat juga angkup brek Brembo M50 monobloc, tempat letak kaki (boleh laras pada XE), serta tayar tanpa tiub yang dipadankan dengan rim 21 inci di hadapan.

Scrambler_1200_XC_Detail_(22).2935aa77

Dari segi kelengkapan, XC dan XE didatangkan standard dengan panel instrumen berwarna TFT yang menawarkan dua rekaan susun atur yang boleh dikustom.

Scrambler_1200_XE_Detail_(15).2935aa77

Turut disertakan pada kedua-dua model adalah mod tunggangan Road, Rain, Off-Road, Sport dan Rider yang direka untuk menyesuaikan tindak balas pendikit, serta tetapan ABS dan Traction Control. Model XE mendapat satu lagi mod iaitu Off-Road Pro yang akan menyahaktifkan ciri ABS dan Traction Control.

????????????????????????????????????

Satu lagi kelengkapan eksklusif yang ada pada model XE adalah unit pengukur inertia (IMU) yang menyokong ciri-ciri Cornering ABS dan Cornering Traction Control.

????????????????????????????????

Selain itu, kedua-duanya turut menawarkan lampu LED dengan lampu nyalaan siang, klac bantuan tork, penghidup enjin tanpa kunci, pemanas grip, Cruise Control, sistem navigasi, sistem kawalan GoPro serta pengecas USB.

 

Previous post

Alat Ganti Prestasi BMW M Untuk X5 Dipamerkan

Next post

Kereta Keselamatan MotoGP BMW M5 Bakal Buat Kemunculan di Kuala Lumpur

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *