Gaya Hidup

Fattah Amin Dilantik Sebagai Duta Toyota C-HR

UMW Toyota Motor (UMWT) telah mengumumkan pelantikan Fattah Amin sebagai duta bagi SUV crossover kompak Toyota C-HR. Ini sekali gus merupakan lanjutan kerjasama antara pelakon itu dan UMWT selepas penglibatannya di dalam Toyota Gazoo Racing (TGR) musim pertama sebelum ini.

BHP

“Ramai yang pernah menyaksikan penampilan Fattah Amin di dalam iklan Toyota C-HR semasa pelancarannya awal tahun ini. Kini, melalui kerjasama terbaru dengan beliau sebagai duta model SUV crossover kompak berkenaan, kami ingin memanfaatkan pengaruhnya yang luas dalam kalangan peminat dan masyarakat untuk meningkatkan kesedaran terhadap model ini serta jenama Toyota secara umumnya,” ujar Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.

“Saya sangat gembira untuk melanjutkan kerjasama dengan Toyota selepas terlibat sama di dalam perlumbaan Vios Challenge musim pertama yang merupakan sebahagian daripada Festival Perlumbaan TGR tahun lalu. Pengalaman memandu Toyota Vios di dalam litar perlumbaan memberikan saya sudut pandang baru terhadap kemampuan dinamik dan sporty kenderaan Toyota,” jelas Fattah.

KZG_0285

Berkenaan C-HR, ini pandangan beliau; “Ini tentunya sebuah kenderaan dengan karakter yang kuat, dan saya sangat gemarkan penampilan serta gayanya yang sporty. Malah, kesegaran rekaan yang ditunjukkan juga sangat belainan berbanding pesaing-pesaingnya. Rakan serta peminat-peminat saya juga sangat kagum dengan imej model ini.”

“Saya sudah memandu C-HR selama sebulan dan merasakan bahawa enjin 1.8 liter yang digunakan mampu memberikan saluran kuasa yang memadai untuk pemanduan yang lancar dan stabil. Tambahan pula, ruang kargo yang tersedia sangat mencukupi untuk saya membawa sama apa saja barangan yang diinginkan,” tambah beliau.

Dijual pada harga RM150,000 (dengan SST, tanpa insurans, bagi pendaftaran persendirian di Semenanjung), C-HR menjadi antara model paling laris di Malaysia sejak dilancarkan pada Mac lalu. Ia dibangunkan menggunakan platform baru dikenali sebagai Toyota New Global Architecture (TNGA) yang mengubah struktur rekaan kenderaan dengan memberi keutamaan kepada sistem janaan dan menyediakan aspek pemanduan terbaik.

Previous post

ARRC: Zaqhwan Terlepas Podium

Next post

Range Rover Velar dan Land Rover Discovery Rangkul Anugerah News UK

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *