Sukan

ARRC: Zaqhwan Terlepas Podium

Mohd Zaqhwan Zaidi terlepas peluang meraih podium kedua apabila terpaksa berpuas hati menamatkan perlumbaan di tempat keempat dalam Perlumbaan 2 Pusingan 5 Kejuaraan Motosikal Asia Idemitsu (ARRC) yang berakhir di Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia, hari ini.

BHP

Setelah menamatkan saingan di tempat ketiga pada Perlumbaan 1 semalam, Pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing itu menamatkan 16 pusingan perlumbaan dengan masa 24’23.515s, hanya 0.220s dibezakan dengan pemenang tempat ketiga, Ratthapong Wilairot (YAMAHA Thailand Racing Team).

Gelaran juara milik Andi Farid Izdihar (Astra Honda Racing Team) dengan masa 24’18.014s diikuti Ahmad Yudhistira (Manual Tech KYT Kawasaki Racing) di tempat kedua dengan masa 24’21.200s.

SS600 Podium

Podium SS600

Seorang lagi pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh dengan masa 24’27.910s.

“Saya terpaksa akur dan berpuas hati di tempat keempat setelah bersaing sengit bersama Ratthapong. Walaupun sedikit kecewa, namun saya masih berjaya mengumpul mata untuk menjadikan persaingan memburu gelaran keseluruhan kembali terbuka menjelang perlumbaan terakhir di Thailand nanti,” jelas Zaqhwan.

AP250 - Podium

Podium AP250

Anthony West (Webike Ikazuchi Racing) yang tidak beraksi di Sentul masih kekal mendahului kedudukan keseluruhan dengan mengumpul 136 mata diikuti oleh Azlan Shah dengan 102 mata. Tempat ketiga milik Andi Farid yang mengumpul 99 mata bersama-sama Yudhistira manakala Zaqhwan di kedudukan kelima dengan 94 mata.

Sementara itu, barisan pelumba negara kembali menguasai perlumbaan Underbone 150cc apabila duo UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team berjaya menamatkan Perlumbaan 2 di atas podium.

UB150 Finish line

Md Haziq Md Fairues berjaya menebus kehampaan Perlumbaan 1 apabila muncul juara perlumbaan dengan masa keseluruhan 18’26.338s manakala Akid di kedudukan ketiga dengan masa 18’26.388s.

Juara Perlumbaan 1, M. Agung Fahrul (Orbit SND CNC Sporting) sekali lagi menaiki podium apabila berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan masa 18’26.344s.

UB150 Podium

Podium UB150

Sementara itu, Md Helmi Azman (SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team) semakin menghampiri gelaran keseluruhan apabila mengumpul 164 mata setelah menamatkan perlumbaan di tempat keenam, 42 mata mengatasi rakan senegara, Md Izzat Zaidi (RCB Yamaha YY Pang Racing) yang tidak beraksi dengan mengumpul 122 mata. Ahmad Fazli Sham (ONEXOX TKKR Racing Team) di tangga ketiga dengan 96 mata.

Pusingan terakhir ARRC akan berlangsung di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand pada 30 November hingga 2 Disember depan.

Previous post

Pengunjung KLIMS'18 Boleh Menang Kereta

Next post

Fattah Amin Dilantik Sebagai Duta Toyota C-HR

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *