Anugerah / VOTY / Pameran Motor

Pengunjung KLIMS’18 Boleh Menang Kereta

Persatuan Automotif Malaysia (MAA), penganjur Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS’18) melancarkan kempen pengiklanan dan promosi besar-besaran serta mengumumkan hadiah-hadiah utama cabutan bertuah bagi para pengunjung dalam majlis yang dirasmikan oleh YB Datuk Mohamaddin bin Ketapi, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.BHPKLIMS’18 telah dikenal pasti sebagai salah satu acara ekstravaganza permotoran dalam kalendar acara dan festival Pelancongan Malaysia 2018. Kempen pengiklanan dan promosi besar-besaran bagi KLIMS’18 akan menjana publisiti bagi pameran motor tersebut menerusi rangkaian media cetak, digital, penyiaran dan pengiklanan luar dengan pendedahan media yang dianggarkan berjumlah RM7 juta.

Hadiah-hadiah utama Cabutan Bertuah Pengunjung KLIMS’18 yang telah diumumkan adalah tiga buah kereta dari jenama-jenama yang paling popular di Malaysia – Toyota, Honda dan Perodua. Para pengunjung KLIMS’18 akan berpeluang membawa pulang Toyota C-HR, Honda City dan Perodua Myvi. Dengan setiap tiket masuk yang dibeli, pengunjung akan berpeluang untuk memenangi kereta-kereta baru yang menarik ini.IMG_8253Datuk Aishah Ahmad, Presiden MAA berkata, “Setelah terhenti selama lima tahun sejak acara KLIMS yang lalu, pemain industri automotif kini bersedia untuk membawakan semula pameran motor yang ikonik di Malaysia ini dengan pameran yang mengujakan dan pelbagai tarikan lain yang akan menarik perhatian peminat kenderaan dan orang ramai. KLIMS’18 adalah landas pelancaran bagi model-model baru kereta penumpang, motosikal dan kenderaan komersial di negara ini. Beberapa kereta konsep juga akan turut serta dalam pameran ini. Di samping itu, produk-produk automotif yang inovatif juga akan diperkenalkan kepada pengunjung di KLIMS’18.”IMG_8252Datuk Aishah Ahmad menambah bahawa “Pengunjung KLIMS’18 akan dapat merasai penambahbaikan yang menjadikan acara ini benar-benar berbeza dari KLIMS yang sebelumnya. Terdapat banyak tarikan baru seperti kenderaan hasil binaan dan hasil imaginasi pelajar-pelajar dari universiti tempatan, pameran kenderaan eksotik, limusin terpanjang di Malaysia serta seni hiasan yang dibuat khusus untuk motosikal dan kenderaan lain. Lokasi baru bagi acara KLIMS’18 iaitu MITEC juga akan memberikan pengalaman yang menarik bagi pengunjung.”IMG_8255Tiket masuk KLIMS’18 kini boleh dibeli secara dalam talian di AirAsia Red Tix dengan promosi menarik. Setiap pembelian tiket KLIMS’18 secara dalam talian layak mendapat satu penyertaan bagi cabutan yang diadakan setiap dua minggu untuk memenangi tiket pergi balik AirAsia ke Bangkok, Hong Kong, Bali, Taipei, Jakarta dan Shanghai. Di samping itu, setiap pembelian tiket masuk ke KLIMS’18 secara dalam talian juga layak menyertai cabutan utama untuk tiket pergi balik AirAsia ke Tokyo.

Harga tiket masuk ke KLIMS’18 adalah RM20 untuk dewasa bagi hari bekerja dan RM25 bagi hujung minggu; RM5 untuk pelajar dan kanak-kanak 12 tahun ke bawah sepanjang minggu. Pakej keluarga turut disediakan pada harga RM40 bagi kunjungan pada hari bekerja dan RM50 bagi hari minggu untuk satu keluarga dengan sehingga 5 orang kanak-kanak berumur 12 ke bawah.

KLIMS’18 yang membawakan tema “Beyond Mobility” akan diadakan dari 23 November hingga 2 Disember di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC). Pameran dibuka dari 11 pagi hingga 10 malam pada hari bekerja dan 10 pagi hingga 10 malam pada hujung minggu. Ikuti KLIMS’18 di Facebook www.facebook.com/klims.com.my

(https://www.facebook.com/klims.com.my) untuk memenangi hadiah-hadiah dan tiket setiap bulan.

Untuk maklumat lanjut mengenai KLIMS’18, sila layari www.klims.com.my atau hubungi Trade-Link Exhibition Services Sdn Bhd di Tel:+603-7842 9863 atau E-mel: info@trade-link-group.com.WhatsApp Image 2018-10-11 at 10.16.25 PM

Previous post

Volkswagen Lancar ‘Volkswagen Cares’

Next post

ARRC: Zaqhwan Terlepas Podium

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *