Motosikal / Lain Lain Roda

Benelli RFS 150iLE Edisi Terhad Dilancarkan

MForce Bike Holdings Sdn Bhd telah melancarkan Benelli RFS 150iLE baharu yang menampilkan rekaan grafik segar yang diinspirasikan oleh bendera Itali, negara kelahiran jenama Benelli.

BHP

Terhad kepada 5,000 unit untuk pasaran tempatan, setiap unit didatangkan dengan pelekat nombor siri serta sijil pemilikan yang ditandatangani oleh Marco Bellucci, ketua pengarah teknikal Benelli Italy.

Sama seperti versi standard, RFS 150iLE dikuasakan oleh enjin 149 cc, silinder tunggal empat lejang yang menghasilkan 15 hp pada 8,500 rpm dan 13 Nm pada 7,000 rpm. Kuasa dihantar ke roda belakang menerusi kotak gear enam kelajuan.

RFS-150i-Limited-Edition_diagram

Suspensi hadapan merangkumi fork teleskopik dengan jarak pergerakan (travel) sebanyak 88 mm, manakala suspensi belakang dilengkapi dengan gegelung monoshock keluaran Kayaba. Cakera berukuran 240 mm di hadapan dan 220 mm di belakang pula membekalkan kuasa membrek yang secukupnya.

RFS 150iLE kini boleh didapati di semua pengedar sah Benelli di seluruh negara dengan harga RM7,488 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan).

 

Previous post

Saksikan Vios Challenge Pusingan Kedua di MAEPS Hujung Minggu Ini

Next post

Lonjakan Pembeli-Pembeli Kereta di Malaysia Yang Beralih Ke Saluran Atas Talian

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *