Gaya Hidup

Saksikan Vios Challenge Pusingan Kedua di MAEPS Hujung Minggu Ini

Aksi perlumbaan mendebarkan serta banyak lagi aktiviti-aktiviti menarik menanti pengunjung di pusingan kedua Festival Toyota Gazoo Racing dan siri perlumbaan jalanan pertama di Malaysia, Toyota Vios Challenge yang akan berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor hujung minggu ini, dari 20-21 Oktober 2018.

BHP

Pusingan pembukaan Festival Toyota Gazoo Racing dan dua perlumbaan pertama Vios Challenge yang diadakan di Kuala Terengganu Ogos lalu telah berjaya menarik seramai 20,000 pengunjung.

Festival yang akan berlangsung selama dua hari itu akan turut mempamerkan model-model kenderaan terkini Toyota, sesi pandu uji, promosi serta persembahan selebriti untuk memeriahkan lagi suasana selain daripada aksi perlumbaan dalam kategori Promotional, Sporting dan Super Sporting di dalam litar jalanan yang dibangunkan khusus untuk acara ini.

“Toyota adalah tentang All About The Drive, dan Festival Toyota Gazoo Racing menyediakan platform terbaik bagi pelanggan kami untuk merasakannya sendiri. Kami ingin mengundang semua untuk hadir dan melihat keteguhan, ketahanan, keselamatan, daya saing serta prestasi kenderaan Toyota, terutamanya Vios 1.5L di tangan pelumba-pelumba yang terlibat di dalam Vios Challenge,” ujar Presiden UMW Toyota Motor Sdn Bhd, Ravindran K.

“Satu daripada tarikan utama sepanjang acara hujung minggu ini di MAEPS ialah penampilan dan sesi pandu uji Toyota Rush serba baru, sebuah SUV kompak yang dilengkapi dengan enjin 1.5 liter,” tambah beliau.

Day 01 Programme - 20 Oct _BM

Day 02 Programme - 21 Oct_BM

Previous post

Satu Lagi Pusat 4S PROTON Baharu Dibuka

Next post

Benelli RFS 150iLE Edisi Terhad Dilancarkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>