Berita Auto

Audi R8 (2019) Lebih Agresif

Audi R8 versi 2019 telah pun didedahkan secara rasmi dan seperti yang anda boleh lihat, ia menerima beberapa penambahbaikan dari segi reka bentuk bagi menjadikannya kelihatan lebih ‘tajam’.

BHP

Bermula dari bahagian hadapan, gril ‘Singleframe’ dan ‘splitter’ kini menjadi lebih lebar, manakala tiga bukaan kecil pada hud adalah elemen yang dipinjam daripada jentera Audi Ur-Quattro.

2019-audi-r8-2

Bahagian belakang pula menampikan rekaan diffuser yang lebih agresif dan gril udara yang sama lebar dengan bampar. Audi turut menambahbaik ruang enjin dengan penutup tiga bahagian yang melindungi komponen-komponen seperti penapis udara. Ia ditawarkan dalam bentuk plastik atau gentian karbon.

2019-audi-r8-5

Rekaan bahagian dalaman R8 tidak berubah, cuma ia kini boleh didapati dengan warna upholsteri dan kemasan terbaru mengikut varian.

2019-audi-r8-4

R8 masih menggunakan khidmat enjin aspirasi natural 5.2-liter V10 seperti sebelum ini, namun kuasa yang terhasil melonjak dari 532 hp dan 540 Nm kepada 562 hp dan 550 Nm bagi varian standard. Ini membolehkan supercar itu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 3.4 saat (3.5 saat bagi Spyder) dengan kelajuan maksimum 324 km/j (322 km/j bagi Spyder).

2019-audi-r8-6

Sementara itu, varian paling berkuasa iaitu V10 Performance Quattro (sebelum ini dikenali sebagai V10 Plus) pula mempunyai 612 hp dan 580 Nm, mewakili peningkatan sebanyak 9 hp dan 20 Nm. Ia memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 3.1 saat (3.2 saat bagi Spyder) dan mampu mencapai kelajuan maksimum 331 km/j (329 km/j bagi Spyder).

2019-audi-r8-3

Aspek pengendalian turut diberi perhatian menerusi pemisahan mod pemanduan yang lebih jelas dan penambahan tiga mod baru – Dry, Wet dan Snow – untuk R8 V10 Performance Quattro. Ciri Electronic Stabilization Control (ESC) yang dipertingkatkan turut membolehkan jentera ini untuk membrek dalam jarak yang lebih pendek.

Previous post

Bagaimana Agaknya Jika Accord Baharu Kelihatan Serupa Seperti Acura Ini?

Next post

Rozaiman Idam Aksi Terbaik di Batu Kawan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *