Cerita Auto

Toyota Perkenal Corolla Touring Sports

Acara Paris Motor Show 2018 yang akan berlangsung pada Oktober tahun ini bakal menyaksikan kemunculan Toyota Corolla Touring Sports baharu. Direka dan dibangunkan di Eropah, model terbaru ini disasarkan untuk mereka yang mencari gabungan praktikaliti dan gaya.

BHP

Berbanding versi hatchback yang diperkenalkan pada pertengahan tahun ini, Corolla Touring Sports mempunyai jarak roda (wheelbase) yang lebih panjang iaitu 2,700 mm, sekaligus menghasilkan ruang kabin yang lebih luas. Bukan itu sahaja, ruang butnya juga lebih besar iaitu 598 liter.

2019-toyota-corolla-touring-sports (2)

Corolla Touring Sports akan ditawarkan dengan enjin 1.2-liter turbo yang menghasilkan 116 hp. Ia juga boleh didapati dengan dua pilihan enjin hibrid iaitu 1.8-liter dengan 122 hp dan 2.0-liter dengan 180 hp.

2019-toyota-corolla-touring-sports (3)

Dibina di atas platform Toyota New Global Architecture (TNGA) GA-C, model ini menampilkan topang MacPherson di hadapan dan suspensi ‘multi-link’ di belakang. Ia juga boleh didapati dengan ciri Adaptive Variable Suspension (AVS) buat pertama kalinya. Kedudukan enjin yang rendah serta lokasi bateri hibrid yang berada di bawah tempat duduk belakang turut menyumbang kepada pengendalian yang lincah.

2019-toyota-corolla-touring-sports (1)

Bergantung kepada varian, model ini dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan premium seperti panel meter tiga dimensi, ‘head-up display’, sistem audio JBL GreenEdge, pengecasan tanpa wayar dan sistem multimedia sentuh (Toyota Touch Multimedia System).

Previous post

Perodua Alza Terbaharu Dengan Ciri Baru Dan Nilai Yang Lebih Baik

Next post

Mercedes-Benz EQC Boleh Dipandu Sejauh 450km Dengan Satu Cas Penuh

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *