Berita Auto

Mercedes-Benz EQC Boleh Dipandu Sejauh 450km Dengan Satu Cas Penuh

Mercedes-Benz akhirnya memperkenalkan produk pertama mereka yang memakai lencana EQ (Electric Intelligence). Dikenali sebagai EQC, crossover elektrik ini ditawarkan dalam varian EQC 400 4Matic dengan dua pilihan trim iaitu Electric Art dan AMG Line.

BHP

Penggerak EQC adalah dua motor elektrik (satu pada setiap gandar) yang mampu menghasilkan kuasa keseluruhan sebanyak 408 hp (300 kW) dan 765 Nm tork. Ini membolehkan EQC memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 5.1 saat, dengan kelajuan maksimum 180 km/j.

4edc3dad-mercedes-eqc-31

Dari segi jarak pemanduan, kenderaan seberat 2,425 kg ini boleh dipandu sejauh 450 km dengan satu cas penuh mengikut kitaran NEDC. Ini dicapai menerusi penggunaan pek bateri lithium-ion berkapasiti 80 kWj yang ditugaskan untuk membekalkan kuasa kepada kedua-dua motor elektrik tersebut.

f0a38b18-mercedes-eqc-54

Bagi pengecasan pula, pengecas on-board (OBC) berkapasiti 7.4 kW menjadikan EQC sesuai untuk pengecasan AC sama ada di kediaman atau di stesen pengecasan awam. Bergantung kepada infrastruktur, ia juga boleh menggunakan pengecasan arus terus (DC) yang boleh mencapai 80% dalam masa 40 minit.

024b39b5-mercedes-eqc-55

Pemandu mempunyai lima pilihan mod yang memberikan karakter pemanduan yang berbeza iaitu Comfort, Eco, Max Range, Sport dan Individual. Dalam mod yang lebih menjimatkan (Eco misalnya), pedal pemecut haptic boleh ‘mendorong’ pemandu untuk menyimpan baki tenaga yang ada.

3d39a68a-mercedes-eqc-64

Selain itu, EQC turut didatangkan dengan sistem multimedia Mercedes-Benz User Experience (MBUX) dengan dua skrin masing-masing berukuran 10.25 inci. Apa yang menarik tentang sistem ini adalah ia mempunyai kecerdasan buatan yang mampu untuk ‘mempelajari’ tetapan pilihan pemandu. Selain itu, EQC juga mempunyai pakej bantuan pemandu dengan sistem pemanduan semi-autonomi.

0078d891-mercedes-eqc-42

Produksi EQC akan bermula pada tahun hadapan di kilang Mercedes-Benz di Bremen, Jerman. Ia juga akan dipasang di China untuk pasaran negara itu.

 

Previous post

Toyota Perkenal Corolla Touring Sports

Next post

20 Eksekutif Kanan DRB-Hicom Meletak Jawatan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *