Berita Auto

Nissan Navara Dark Sky Concept Dibina Khas Untuk Ahli Astronomi

Acara Hannover Motor Show 2018 menyaksikan kemunculan sebuah kenderaan konsep yang agak unik daripada Nissan. Digelar sebagai Navara Dark Sky Concept, ia berfungsi sebagai makmal astronomi bergerak yang dilengkapi dengan teleskop berkuasa tinggi.

BHP

Dibangunkan di UK dengan kerjasama Agensi Angkasa Eropah (ESA), trak pikap konsep ini membolehkan ahli astronomi melakukan pemerhatian di lokasi-lokasi gelap dan sukar dicapai yang dikenali sebagai “dark sky”.

nissan-navara-dark-sky-concept (2)

Untuk mengangkut teleskop PlaneWave itu, Nissan menggunakan treler berbumbung yang mempunyai ruang sejuk khas yang membolehkan teleskop tersebut disimpan dalam keadaan stabil. Setibanya di lokasi, bumbung tersebut boleh dibuka bagi memfokuskan teleskop pada langit.

nissan-navara-dark-sky-concept (3)

Navara Dark Sky Concept turut dilengkapi dengan Intelligent Around View Monitor dan Blind Spot Warning yang telah dipertingkatkan bagi menyokong fungsi tunda, serta Intelligent Towing Hitch Alignment yang berfungsi untuk mengawal stereng, pecutan dan brek secara automatik bagi membolehkan treler tersebut disangkut dengan mudah.

nissan-navara-dark-sky-concept (4)

Selain itu, pak bateri mudah alih daripada Nissan LEAF memastikan kenderaan konsep ini sentiasa mempunyai bekalan kuasa elektrik, manakala lampu merah digunakan untuk mengelakkan gangguan visual semasa pemerhatian dibuat.

nissan-navara-dark-sky-concept (1)

Navara Dark Sky Concept menampilkan enjin turbodiesel 2.3-liter yang menghasilkan 190 PS dan 450 Nm. Ciri-ciri tambahan lain termasuklah Wifi, stesyen komputer riba dan transmisi UHF untuk menghantar data serta merta tanpa mengira lokasi.

Previous post

Supra Di Spain ... Lebih Laju Dari Z4 Baharu

Next post

BMW Memperkenalkan BMW Z4 sDrive30i Roadster 2019

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *