Berita Auto

BMW Malaysia Serah 530e Sport Kepada TNB Bagi CEPSI 2018

BMW Malaysia telah menyerahkan barisan kenderaan BMW 530e plug-in hybrid dengan teknologi eDrive kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk diguna pakai semasa Persidangan Industri Bekalan Tenaga Elektrik (CEPSI) 2018 yang bakal menjelang.

BHP

Ia akan diguna pakai sebagai kenderaan rasmi di persidangan ini yang akan berlangsung bermula dari 17 hingga 22 September 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, yang turut disertai oleh BMW Malaysia sebagai rakan kongsi e-mobiliti yang rasmi.

TNB akan menghoskan CEPSI 2018 bagi pihak Persatuan Industri Bekalan Elektrik Asia Timur dan Pasifik Barat (AESIEAP).

Kenderaan-kenderaan tersebut diserahkan oleh Harald Hoelzl, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia kepada Ketua Pegawai Korporat TNB dan Setiausaha Agung AESIEAP 2017/2018, iaitu Datuk Wira Roslan Ab Rahman di ibu pejabat TNB yang terletak di Bangsar.

Berkenaan dengan kerjasama BMW Malaysia dengan TNB dan CEPSI 2018, Hoelzl mengulas, “Kolaborasi ini melambangkan hasrat BMW Malaysia untuk menjadi rakan kongsi yang utama untuk mentransformasikan industri Elektro Mobiliti tempatan serta impian negara ini untuk mencapai pembangunan yang mampan. Kami berharap untuk saling bertukar pandangan dan kepakaran dengan para pemimpin serta peneraju di CEPSI untuk membentuk Malaysia yang lebih baik.”

BMW 530e Sport

Di samping itu, Datuk Wira Roslan juga berkata bahawa kenderaan-kenderaan yang ditaja oleh BMW akan digunakan sebagai kenderaan pengangkutan rasmi bagi VVIP dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif AESIEAP sepanjang persidangan tersebut yang akan berlangsung selama lima hari.

Dengan tema persidangan ini yang diberi nama, “Reimagining the Utility of the Future”, BMW akan mengongsikan pandangannya mengenai Mobiliti Masa Hadapan melalui Dr. Alexander Kotouc, iaitu Ketua Pengurusan Produk BMW i yang merupakan pengucap utama di persidangan tersebut.

Selain itu, pengeluar kenderaan premium ini juga akan merungkaikan model baharu daripada portfolio BMW i.

Previous post

IPO Volvo Ditangguh Memandangkan Perang Perdagangan Semakin Hangat

Next post

Honda Malaysia Tawar Bonus Berganda Untuk Model Terpilih

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *