Berita Auto

Honda Malaysia Tawar Bonus Berganda Untuk Model Terpilih

Bersempena dengan sambutan ulang tahunnya yang ke-70 dan Hari Malaysia pada bulan ini, Honda Malaysia telah melancarkan kempen Double Joy yang menawarkan rebat berganda sehingga RM20,000.

BHP

Menerusi kempen ini, pelanggan berpeluang untuk mendapatkan rebat bernilai dari RM2,500 hingga RM20,000 bagi model terpilih yang didaftarkan dari 1 September hingga 30 September 2018.

Sepanjang tempoh kempen ini, pelanggan juga layak untuk menyertai pertandingan Joy of Buying, di mana mereka berpeluang untuk membawa pulang salah satu daripada tujuh buah Honda City yang ditawarkan sebagai hadiah utama selama tujuh minggu.

01 Customers can now enjoy double bonuses starting from RM2,500 up to RM20,000 for selected Honda CKD and CBU models registered from 1 September to 30 September 2018

Menurut Honda Malaysia, sepanjang tiga bulan tempoh cuti cukai iaitu dari 1 Jun hingga 31 Ogos 2018, ia merekodkan jualan lebih 35,000 unit, mewakili 47% daripada jumlah jualan dari Januari hingga Ogos 2018.

Sepanjang tiga bulan tersebut, City merupakan model paling popular dengan pecahan jualan sebanyak 35%, diikuti oleh Civic dengan 17% dan Jazz dengan 15%.

Honda Malaysia akan terus menggalakkan pasaran dengan kempen dan produk yang menarik. Selain HR-V baharu yang akan dilancarkan tidak lama lagi, syarikat itu juga akan mengumumkan harga terkini bagi model hibrid pemasangan tempatan (CKD) sebaik sahaja ia dimuktamadkan.

Previous post

BMW Malaysia Serah 530e Sport Kepada TNB Bagi CEPSI 2018

Next post

Harga Kereta Kia Selepas SST Turun Sehingga RM6,000

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *