Cerita Auto

Program ‘Kemahiran Pemanduan Sepanjang Hayat’ Ford Berterusan

Ford dan pengedar tempatannya, Sime Darby Auto Connexion (SDAC), baru-baru ini menawarkan program kesedaran keselamatan jalan raya dan latihan pemandu kepada rakan-rakan korporat serta orang ramai menerusi program Kemahiran Pemanduan Sepanjang Hayat (DSFL) global Ford.

BHP

Lebih 50 pemandu berlesen rakan korporat daripada syarikat telekomunikasi, penyelenggaraan lebuhraya dan utiliti mengambil bahagian dalam bengkel percumayang berlangsung selama dua hari (separuh hari setiap satu) di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).

y4NSwzQQ

Menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), lebih 43 peratus pemandu di Malaysia menggunakan telefon bimbit mereka ketika memandu. Ini bermakna hampir separuh pemandu di Malaysia meletakkan diri mereka dan orang lain dalam bahaya ketika memandu.

Justeru, Ford dan SDAC percaya bahawa program Kemahiran Pemanduan Sepanjang Hayat (DSFL) Ford akan membantu pemandu supaya lebih berhati-hati, sekali gus dapat mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya.

emTRvg4Q

Bengkel DSFL bertujuan mendedahlan pelbagai risiko yang dihadapi oleh pemandu. Misalnya berdepan dengan senario yang tidak dijangka, pengurusan ruang dan meningkatkan kesedaran mengenai gangguan pemanduan yang disebabkan oleh penggunaan telefon bimbit atau rasa penat.

“Program Kemahiran Pemanduan Sepanjang Hayat menawarkan sumber dan kelengkapan yang diperlukan oleh para pemandu di Malaysia untuk pemanduan selamat. Keselamatan jalan raya merupakan satu isu yang sangat serius. Kami berbangga kerana dapat menyampaikan mesej ini kepada pengguna jalan raya di Malaysia,” kata Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz.

8mYKOxbw

Program ini dijalankan dalam bentuk teori di dalam kelas dan sesi latihan praktikal di mana pemandu diberikan pengalaman memandu secara amali.

Penekanan terhadap bahaya memandu di bawah pengaruh alkohol atau ubat juga dimasukkan sebagai sebahagian daripada program ini. Ia melibatkan aktiviti di mana para peserta memakai pelindung mata yang direka khas dan membantu meniru pengalaman memandu apabila aspek pergerakan, koordinasi dan kepekaan berada dalam keadaan tidak sempurna.

cXfeSf9w

DSFL merupakan satu program tanggungjawab korporat sosial (CSR) utama Ford yang dibiayai oleh Tabung Ford Motor Company – sebuah badan amal Ford Motor Company. Di peringkat global, Ford DSFL kini sudah memasuki tahun ke-15 dalam melatih pemandu berlesen dari semua peringkat umur. Sehingga kini, program tersebut telah melatih lebih 1 juta individu mengenai amalan pemanduan yang selamat.

mKyKp11g

 

 

 

 

 

 

Previous post

Honda HR-V (2019) Lebih Senyap Dengan Ciri 'Active Noise Cancellation'

Next post

BMW Group Malaysia Lancar i8 Coupe Baharu

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>