Berita Auto

Honda HR-V (2019) Lebih Senyap Dengan Ciri ‘Active Noise Cancellation’

Honda telah mendedahkan butiran awal mengenai HR-V 2019 bagi pasaran Eropah. SUV kompak itu bukan sahaja tampil lebih segar, malah turut dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan terbaru.

BHP

Perubahan pada bahagian luaran tidak begitu ketara. Kemasan hitam berkilat pada gril hadapan telah digantikan dengan kemasan krom, manakala bampar hadapan kini mempunyai lubang ambilan udara (air intake) yang lebih dalam dengan lampu kabus bulat. Selain itu, lampu hadapan turut dikemaskini dengan lensa projektor dan lampu nyalaan siang LED.

Bahagian belakang pula menampilkan hiasan krom serta lampu belakang jenis ‘smoked’. Varian-varian tinggi pula mendapat kelengkapan tambahan seperti lampu depan dan belakang LED sepenuhnya, rim aloi 17 inci dan kemasan krom pada muncung ekzos. Bagi pasaran Eropah, Honda menawarkan lapan pilihan warna termasuk Midnight Blue Beam Metallic baharu.

2019-honda-hr-v-facelift-euro-spec (1)

HR-V 2019 ditawarkan dengan enjin aspirasi natural 1.5-liter i-VTEC yang menghasilkan 130 PS dan 155 Nm pada 4,600 rpm. Pecutan dari 0 hingga 100 km/j dilakukan dalam 10.7 saat dengan transmisi manual enam kelajuan atau 11.2 saat dengan CVT. Tahap penggunaan bahan api pula adalah 5.3 l/100 km bagi varian CVT.

Enjin tersebut telah dipertingkatkan dengan ‘advanced plateau honing’ yang berfungsi untuk mengurangkan geseran antara piston dan lubang silinder. Rantai pemasaan turut diberi salutan baharu yang dikatakan dapat mengurangkan haus dalam jangka masa panjang dan meningkatkan tahap kecekapan enjin.

2019-honda-hr-v-facelift-euro-spec (2)

Bermula 2019, Honda akan turut menawarkan enjin VTEC Turbo 1.5-liter serta enjin diesel 1.6-liter i-DTEC bagi model ini.

Selain itu, aspek NVH turut ditambah baik menerusi bahan penebat bunyi tambahan pada bahagian hadapan, gerbang roda, struktur but dan panel pintu hadapan dan belakang. Bergantung pada varian, HR-V dilengkapi dengan ciri Active Noise Cancellation (ANC) yang direka untuk mengurangkan bunyi frekuensi rendah di dalam kabin.

 

Previous post

Pusat 3S Haval Dibuka di Bangi

Next post

Program ‘Kemahiran Pemanduan Sepanjang Hayat’ Ford Berterusan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *