Cerita Auto

Nissan Terra Masuk Pasaran Indonesia

Nissan telah melancarkan Terra di acara Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2018. Model ini diperkenalkan buat pertama kali pada Februari tahun ini untuk pasaran China dan telah memasuki pasaran Filipina pada bulan Mei lalu.

BHP

Menurut Nissan, selain Indonesia, Terra akan turut dilancarkan di Thailand, diikuti dengan Brunei, Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam.

18TDIg_P60A028 - 2nd Row auto collapse-1200x800

Terra merupakan SUV ‘ladder frame’ yang dibina berasaskan model trak pikap Navara NP300. Bagi pasaran China, ia menampilkan enjin petrol QR25 yang menghasilkan 190 hp dan 250 Nm. Model pasaran Filipina dan Indonesia pula dikuasakan oleh enjin diesel YD25 dengan 190 hp dan 450 Nm.

18TDIg_P60A046 - NIM-1200x832

Dari segi saiz, model ini mempunyai ukuran panjan 4,885 mm, lebar 1,865 mm dan tinggi 1,835 mm. Ruang lega tanah (ground clearance) pula adalah 225 mm.

18TDIg_P60A013 - Frame-based SUV-1200x800

Terra turut dilengkapi dengan teknologi Nissan Intelligent Mobility yang merangkumi Lane Departure Warning, Blind Spot Warning, Intelligent Around View Monitor with Moving Object Detection serta Smart Rear View Mirror.

New Nissan Terra_Exterior 1-1200x800

Previous post

Honda Brio Generasi Kedua Dilancarkan di GIIAS

Next post

Diskaun RM60k Untuk Honda Civic Type R Bulan Ogos Ini ...... Tunggu Apa Lagi?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *