Berita Auto

Honda Brio Generasi Kedua Dilancarkan di GIIAS

Acara Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2018 yang kini sedang berlangsung telah menyaksikan pelancaran Honda Brio generasi kedua. Kali pertama Brio dilancarkan di Indonesia adalah pada tahun 2012, diikuti oleh Brio Satya pada 2013 dan model facelift pada 2016.

BHP

 

Brio baharu ditawarkan dalam dua varian iaitu varian standard dan varian RS. Dan seperti yang anda boleh lihat, Brio RS mempunyai rekaan yang sama seperti kereta konsep Small RS yang diperkenalkan pada bulan April lalu.

?????

Reka bentuk bahagian dalaman tidak banyak berubah berbanding model sebelum ini, namun terdapat perbezaan dari segi kelengkapan antara varian standard dan varian RS.

?????

Brio menampilkan enjin 1.2-liter yang menghasilkan 90 PS. Ia dipadankan dengan dua pilihan transmisi iaitu manual lima kelajuan atau CVT.

Honda Brio RS 03

Jika model ini dilancarkan di Malaysia, berapa harga yang sepatutnya diletakkan?

Previous post

Lexus LC Yellow Edition Lebih Menyerlah

Next post

Nissan Terra Masuk Pasaran Indonesia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *