Gaya Hidup

MINI Malaysia Berkecimpung Dalam Bidang Fesyen

MINI Malaysia akan menampilkan Koleksi Kapsul terbaharunya yang dinamakan MINI FASHION FIELD NOTES di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2018 (KLFW 2018) buat julung kalinya di rantau Asia.

BHP

Dirungkaikan baru-baru ini di Pitti Uomo 94 yang telah berlangsung di Itali, iaitu sebuah pameran ikonik terkemuka dunia untuk fesyen lelaki dan gaya hidup, koleksi tersebut merupakan kolaborasi unik antara MINI serta The Woolmark Company, yang merupakan antara jenama terkemuka dalam bidang tekstil dan fesyen. Etos dan inovasi rekaan kedua-dua jenama ini membuahkan sebuah tarikan yang pintar dan serba emotif bagi individu yang bergelar sebagai “Urban Traveller” – iaitu individu yang mengangap pengembaraan sebagai sebuah perentasan kendiri yang bermula dari satu perasaan, satu budaya, satu perspektif ke suatu tahap yang baharu.

MINI Presents MINI FASHION FIELD NOTES Capsule Collection at Kuala Lumpur Fashion Week (3)

Dengan tema “Transcending Borders”, koleksi pameran terhad 16 bahagian ini menggabungkan usaha kreativiti empat nama menarik dalam dunia fesyen antarabangsa – Liam Hodges (United Kingdom), Staffonly (China), PH5 (Amerika Syarikat) dan Rike Feurstein (Jerman). Pereka-pereka fesyen yang sedang giat menempah nama ini memetik inspirasi melalui pengalaman pengembaraan mereka sendiri di bandar-bandar yang berlainan di seluruh dunia, lalu menterjemahkan memori peribadi mereka kepada beberapa gubahan fesyen menggunakan benang bulu biri-biri Merino yang berkualiti tinggi.

MINI Presents MINI FASHION FIELD NOTES Capsule Collection at Kuala Lumpur Fashion Week (4)

Koleksi Kapsul MINI FASHION FIELD NOTES yang akan dipamerkan secara eksklusif di KLFW 2018.

Butiran mengenai pameran ini:

Tarikh : Rabu, 8 Ogos 2018 hingga Ahad, 12 Ogos 2018
Lokasi : Couture Lane, Level 3 (berhampiran Prada-Rolex)Pavilion Kuala Lumpur

168, Jalan Bukit Bintang

MINI Presents MINI FASHION FIELD NOTES Capsule Collection at Kuala Lumpur Fashion Week (5)

Fashions Talks bersama MINI FASHION x The Woolmark Company dipersembahkan oleh Edition KLFW.

MINI FASHION dan The Woolmark Company juga akan menghoskan Fashion Talks, iaitu sebuah acara istimewa bersama pakar-pakar fesyen untuk mengongsikan pandangan mereka mengenai ‘inspirasi’ yang tiada batasnya, dengan penampilan Koleksi Kapsul MINI FASHION FIELD NOTES. Butiran lanjut akan dikongsikan tidak lama lagi.

MINI Presents MINI FASHION FIELD NOTES Capsule Collection at Kuala Lumpur Fashion Week (1)

 

 

 

Previous post

Perodua Bersiap Sedia Untuk Menerima Jangkaan Rekod 2.14 Juta Pengambilan Servis Tahun Ini

Next post

Tunggang Uji Motosikal Ducati Impian Anda di Acara Red Weekend 3.0

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *