Gaya Hidup

Tunggang Uji Motosikal Ducati Impian Anda di Acara Red Weekend 3.0

Acara eksklusif Ducati Red Wekeend 3.0 akan kembali menemui peminat motosikal tempatan pada 4 dan 5 Ogos ini di bilik pameran Ducati Petaling Jaya.

BHP

Acara tahunan anjuran Next Bike Sdn Bhd itu menawarkan pelbagai promosi dan rebat menarik untuk model-model terpilih, barangan rasmi dan pakaian serta aksesori dan alat ganti jenama motosikal Itali itu.

Ducati Red Weekend 3.0 juga adalah platform terbaik bagi mereka yang berminat untuk menunggang uji pelbagai model Ducati termasuk Scrambler 1100 Special dan Scrambler 1100 Sport yang dilancarkan baru-baru ini.

Ducati Scrambler 1100 01

Lebih menarik lagi, pelanggan yang membuat tempahan pada acara tersebut akan memperoleh peluang untuk menyertai sesi tunggang uji bersama pengajar Ducati Riding Experience (DRE) di sekitar Petaling Jaya.

Selain itu, Red Weekend 3.0 juga akan menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk semua lapisan umur seperti persembahan muzik ‘live’, kendera saji (food truck) dan bermacam-macam lagi.

 

Previous post

MINI Malaysia Berkecimpung Dalam Bidang Fesyen

Next post

Ini Sebab Mengapa Mercedes-AMG G65 Dipanggil Semula

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *