Berita Auto

Mazda Lancar Cawangan ke-85 di Georgetown, Jelutong

Bermaz Motor telah merasmikan pembukaan cawangan dan pusat 3S terkini Mazda di Jelutong, Georgetown, Pulau Pinang. Terletak di lokasi strategik di salah satu jalan utama di Pulau Pinang, outlet ini menawarkan akses yang mudah kepada pelangan dari kedua-dua kawasan tanah besar dan pulau.

BHP

Dengan kawasan binaan mencecah 24,138 kaki persegi dan ruang tanah seluas 39,992 kaki persegi, Pusat 3S Mazda Jelutong merupakan salah satu cawangan terbesar Mazda di Malaysia. Lengkap dengan identiti visual global Mazda yang terkini, cawangan terbaharu ini mampu menampung kapasiti lebih besar dari segi jualan dan perkhidmatan selepas jualan, demi memberi khidmat kepada jumlah pelanggan yang kian meningkat di Pulau Pinang.

Bilik pameran Mazda Jelutong mempunyai kapasiti ruang untuk menempatkan 14 buah kenderaan. Pusat servis pula dilengkapi dengan tujuh ruang servis yang mampu menyelenggara sehingga 500 buah kenderaan sebulan, selain menyediakan servis dan kerja-kerja pembaikan biasa. Semua juruteknik Bermaz adalah bertauliah dan terlatih untuk memberikan perkhidmatan yang profesional kepada pelanggan.

IMG_0532

Cawangan baharu ini merupakan pusat sehenti untuk jualan, penukaran kereta, pembiayaan dan khidmat selepas jualan. Daripada pembelian hinggalah pemilikan, 28 orang kakitangan di Mazda Jelutong komited untuk menawarkan program Pemilikan Mazda yang Menyenangkan (Mazda Peaceful Ownership Program) buat para pelanggan.

Pelanggan juga boleh memilih untuk mendapatkan perkhidmatan Unit Servis Bergerak Mazda yang menawarkan pemilik dengan servis dan penyelenggaraan kereta di rumah tanpa sebarang kos tambahan.

IMG_0528

Pusat 3S Mazda Jelutong merupakan pusat 3S yang ke-34 dan cawangan Mazda yang ke-85 di seluruh negara. Dibuka tujuh hari seminggu, ia terletak di 180 Jalan Jelutong, 11600, Georgetown, Pulau Pinang.

Previous post

BMW Panggil Balik 324,000 Kenderaan Diesel Di Eropah

Next post

Model 2019 Mitsubishi Triton

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *