Berita Auto

SDAC-Ford Menawarkan Penjimatan Sehingga RM113k dalam Kempen ‘Seize the Deal’

Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia hari ini melancarkan kempen ‘Seize the Deal’ yang menawarkan rebat sehingga 17 peratus, selain pengurangan GST enam peratus ke atas model-model terpilih.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Sah di seluruh negara untuk semua varian Mustang, Fiesta dan Ranger, promosi ini melibatkan kenderaan yang didaftarkan mulai sekarang hingga 31 Ogos 2018. Semua harga yang dinyatakan adalah di atas jalan, tidak termasuk insurans untuk Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, serta pendaftaran individu sahaja.

Melalui kempen ini, Mustang kini ditawarkan pada harga bermula RM396,271 1 dengan penjimatan sehingga RM113,000 (rebat sehingga 13 peratus dan sifar GST). Untuk ketenangan minda sepenuhnya, pelanggan yang membeli Mustang daripada pengedar sah SDAC-Ford akan menikmati jaminan pengilang selama tiga tahun.

Fiesta kini boleh didapati pada harga promosi bermula RM68,401 dengan rebat sehingga 17 peratus, menawarkan penjimatan mencecah RM20,300. Ranger pula ditawarkan dengan rebat 10 peratus dan sifar GST untuk penjimatan sehingga RM19,830 pada harga bermula RM70,910.

Previous post

Kini Anda Boleh Beli Kereta Volkswagen Secara Online

Next post

Hyundai Rangkul Empat Anugerah Kepuasan Kenderaan AutoPacific

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *