Berita Auto

Kini Anda Boleh Beli Kereta Volkswagen Secara Online

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah melancarkan Volkswagen Marketplace, sebuah e-platform di mana pelanggan boleh menempah kenderaan Volkswagen dan menikmati tawaran eksklusif dalam talian.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menjadi platform pertama seumpamanya di Malaysia, Volkswagen Marketplace dilancarkan dengan tawaran eksklusif 20 unit Passat 1.8TSI Trendline Cyber pada harga RM135,888 termasuk penyelenggaraan percuma selama lima tahun dan setahun insurans percuma. Pelanggan juga boleh menikmati kadar faedah serendah 0.88% setahun untuk model tersebut.

Ia dikuasakan oleh enjin turbocharged 1.8L TSI yang dipadankan dengan kotak gear DSG tujuh kelajuan. Gabungan ini menawarkan output 180 PS dan tork 250 Nm di antara 1,250 rpm hingga 5,000 rpm. Empat warna ditawarkan iaitu putih (Pure White), hitam (Deep Black), kelabu (Indium Grey) dan perak (Reflex Silver).

Untuk menempah, pelanggan hanya perlu mengikuti beberapa langkah mudah dengan memilih model, pengedar yang dikehendaki dan hantar butiran peribadi mereka. Tempahan perlu dibuat menerusi bayaran kad kredit sebanyak RM1,500 (yuran tempahan), jumlah ini kemudian akan ditolak daripada harga keseluruhan kereta yang telah dipilih. Seorang wakil jualan Volkswagen akan berhubung dengan pemilik baharu untuk memuktamadkan pembelian sehinggalah kereta didaftarkan dan sedia diambil.

“Perkembangan e-dagang telah mengubah cara orang membeli-belah. Kejayaan menjual 12 unit Beetle dalam masa hanya 20 minit di Lazada mengukuhkan kepercayaan kami bahawa rakyat Malaysia sudah bersedia untuk membeli kereta secara dalam talian. Ini adalah satu pembangunan yang penting buat jenama Volkswagen dan kami sangat teruja untuk membawa Volkswagen Marketplace ke Malaysia,” kata Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter.

Previous post

Vios Challenge Masuk Musim Kedua

Next post

SDAC-Ford Menawarkan Penjimatan Sehingga RM113k dalam Kempen ‘Seize the Deal’

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *