Berita Auto

Hyundai Rangkul Empat Anugerah Kepuasan Kenderaan AutoPacific

Hyundai telah dinobat sebagai Jenama Popular Paling Memuaskan 2018 dalam anugerah Anugerah Kepuasan Kenderaan (VSA) AutoPacific tahun ini. Di samping memenangi gelaran keseluruhan, tiga model Hyundai iaitu Sonata, Elantra dan Accent turut mendapat tempat teratas dalam kategori masing-masing.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

VSA AutoPacific berfungsi sebagai penanda aras bagi kepuasan kereta baharu dalam industri automotif. Keputusan ditentukan menerusi kaji selidik di mana responden menilai 40 ciri berbeza yang dirasakan penting bagi mereka ketika mendapatkan kereta baharu. Anugerah tahun ini mendapat maklum balas daripada lebih 58,000 pemilik kereta baharu tahun 2017 dan 2018.

“Dengan begitu banyak jenama yang berbeza untuk dipilih oleh pelanggan, Hyundai bangga menjadi pemimpin dalam kategori kereta saiz pertengahan, kereta kompak dan kereta ekonomi dan sebagai pemenang keseluruhan anugerah Jenama Popular Paling Memuaskan,” kata Omar Rivera, pengarah Kejuruteraan Kualiti dan Servis, Hyundai Motor America.

 

Previous post

SDAC-Ford Menawarkan Penjimatan Sehingga RM113k dalam Kempen ‘Seize the Deal’

Next post

Volvo Cars Lapur Jualan Terbaik Separuh Pertama

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *