Cerita Auto

Porsche Cayenne Generasi Ketiga Dilancarkan

Setelah dipertontonkan pada bulan Januari tahun ini, Porsche Cayenne generasi ketiga akhirnya dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia. Ia ditawarkan dalam dua varian iaitu Cayenne dan Cayenne S.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Varian asas Cayenne menampilkan enjin turbo 3.0-liter V6 dengan 340 hp dari 5,300 hingga 6,400 rpm dan 450 Nm dari 1,340 hingga 5,300 rpm, manakala  Cayenne S pula dikuasakan oleh enjin twin-turbo 2.9-liter V6 yang menghamburkan 440 hp dari 5,700 hingga 6,600 rpm dan 550 Nm dari 1,800 hingga 5,500 rpm.

Porsche Cayenne

Dengan transmisi automatik Tiptronic S lapan kelajuan, Cayenne mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 6.2 saat dengan kelajuan maksimum 245 km/j. Cayenne S pula hanya memerlukan 5.2 saat dan mampu mencapai 265 km/j.

Untuk prestasi yang lebih mengagumkan, pelanggan boleh mendapatkan pakej Sport Chrono yang boleh mengurangkan masa pecutan 0-100 km/j sebanyak 0.3 saat.

Porsche 2018 Cayenne S-1

Dibina berasaskan model 911, Cayenne baharu telah dipertingkatkan dengan pelbagai ciri kereta sport seperti kawalan stereng gandar belakang (rear-axle steering), tayar berbeza profil, pacuan semua roda aktif, Porsche 4D Chassis Control, suspensi udara serta Porsche Dynamic Chassis Control.

Walaupun mempunyai lebih banyak kelengkapan, ia sebenarnya 65 kg lebih ringan berbanding versi terdahulu dan masih sesuai digunakan untuk pemanduan off-road menerusi empat mod iaitu Mud, Gravel, Sand dan Rocks. Model ini juga didatangkan dengan Porsche Traction Management yang membahagikan kuasa antara gandar depan dan belakang.

Porsche Cayenne

Pelanggan boleh mendapatkan Porsche Surface Coated Brake (PSCB) yang merangkumi cakera besi tuang dengan lapisan tungsten-carbide dengan angkup berwarna putih. Bagaimanapun, brek seramik PCCB kekal sebagai sistem brek tertinggi.

Cayenne dijual pada harga RM745,000 manakala Cayenne S pula dijual pada harga RM890,000 (harga asas tanpa GST). Ia didatangkan dengan jaminan selama empat tahun dan pakej penyelenggaraan percuma yang merangkumi servis, alat ganti dan kos buruh.

Porsche Cayenne

Previous post

Kia Stinger Terjah Pasaran Malaysia

Next post

Pantai Bharu Corporation Sdn Bhd Membuka Cawangan 3S Serba Baharu Secara Rasmi

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *