Cerita Auto

Kia Stinger Terjah Pasaran Malaysia

Naza Kia Malaysia telah melancarkan model yang paling dinanti-nantikan iaitu Stinger. Bagi memenuhi permintaan, syarikat itu membawa masuk dua varian iaitu Stinger GT-Line 2.0 pada harga RM239,888 dan Stinger GT 3.3 V6 pada harga RM309,888.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Seteru kepada BMW M dan Mercedes-AMG ini direka oleh Peter Schreyer, manakala aspek pengendaliannya pula adalah hasil tangan Albert Biermann (bekas ketua jurutera BMW M). Apa yang lebih menarik, Stinger diuji dan dibangunkan di litar Nurburgring.

Kia-Stinger-2018-1024-49

Dari segi prestasi, Stinger GT-Line menampilkan enjin Theta II T-GDi 2.0-liter empat silinder yang menjana 251 hp pada 6,200 rpm dan 353 Nm dari 1,400 hingga 4,000 rpm, membolehkan ia melakukan pecutan 0-100 km/j dalam enam saat.

Kia-Stinger-2018-1024-e7

Bagi Stinger GT, varian tertinggi ini dikuasakan oleh enjin Lambda T-GDi 3.3-liter twin-turbo V6 yang menghasilkan 365 hp pada 6,000 rpm dan 510 Nm dari 1,300 hingga 4,500 rpm. Ia hanya memerlukan 4.9 saat untuk memecut dari 0 hingga 100 km/j. Kedua-dua varian dilengkapi dengan transmisi automatik lapan kelajuan yang ditugaskan untuk menyalurkan kuasa ke roda belakang.

Kia Stinger Launch

Buat pertama kali dalam sejarah Kia, Stinger didatangkan dengan suspensi boleh laras elektronik yang bertindak balas mengikut input dari pemandu serta keadaan permukaan jalan, dan boleh dikawal melalui lima mod iaitu Personal, Eco, Sport, Comfort dan Smart.

Kia-Stinger-2018-1024-91

Kedua-dua varian turut menampilkan Vehicle Dynamic Control dengan sistem Dynamic Torque Vectoring Control serta stereng jenis Rack-mounted Motor Driven Power Steering (R-MDPS) yang dikatakan dapat memberikan pengendalian lebih responsif dan mengurangkan gegaran.

Kia-Stinger-2018-1024-b0

Stinger GT-Line mempunyai rim 18 inci yang dibalut tayar bersaiz 225/45 manakala Stinger GT mempunyai rim 19 inci dengan tayar bersaiz 225/40 di depan dan 255/35 di belakang. Kedua-duanya didatangkan dengan tayar Continental ContiSportContact 5. Sebagai tambahan, Stinger GT turut mendapat sistem brek Brembo.

Kia-Stinger-2018-1024-52

Bagi aspek keselamatan, Stinger didatangkan dengan Hill-Start Assist Control (HAC), Antilock Braking System (ABS), Traction Control System (TCS) dan Cornering Brake Control (CBC), Blind-spot Collision Warning (BCW), Rear Cross-Traffic Collision Warning dan tujuh beg udara.

 

Previous post

VW Passat Dapat Facelift & Enjin Baharu

Next post

Porsche Cayenne Generasi Ketiga Dilancarkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *