Berita Auto

Hyundai Gesa Pelanggan Guna Alat Ganti Tulen

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) menggesa pelanggannya untuk menghantar kereta mereka ke pusat servis Hyundai yang bertauliah bagi memastikan alat ganti yang digunakan adalah tulen.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Kenyataan ini dikeluarkan berikutan laporan mengenai penjualan alat ganti palsu Hyundai dan Kia oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Alat ganti palsu yang disita adalah penapis minyak, penapis udara, pad brek dan palam pencucuh. Terdapat juga laporan yang mengatakan bahawa alat-alat ganti palsu tersebut dijual pada harga yang sama dengan alat ganti tulen.

Serentak dengan itu, HSDM turut mengumumkan bahawa ia sedang mengadakan promosi yang menawarkan diskaun sehingga 20% untuk alat ganti terpilih sehingga 31 Julai ini.

Promosi yang bermula sejak 1 Jun lalu itu turut menawarkan diskaun 10% untuk kos buruh, hadiah misteri bagi pelanggan yang membelanjakan RM500 dan ke atas untuk servis serta diskaun 15% untuk pembersih sistem bahan api.

Selain itu, pemilik Grand Starex Royale juga boleh menikmati diskaun sehingga 50% untuk alat ganti tulen serta dua hadiah misteri untuk perbelanjaan servis melebihi RM500.

Menurut Dennis Ho, pengarah urusan Sime Darby Motors (Malaysia, Thailand dan Taiwan), promosi seperti ini diadakan bagi menggalakkan pelanggan untuk menghantar kereta mereka untuk diservis di pusat servis yang bertauliah.

“Pendidikan berterusan mengenai bahaya menggunakan alat ganti palsu adalah penting. Pelanggan boleh berasa yakin bahawa pusat servis bertauliah hanya menggunakan alat ganti tulen dan boleh memberikan pelanggan ketenangan fikiran.”

Previous post

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Art of Speed 2018

Next post

Koenigsegg Akhiri Pengeluaran Agera

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *