Cerita Auto

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Art of Speed 2018

Art of Speed Malaysia (AOS 2018) akan kembali memeriahkan scene kereta dan motosikal custom tempatan dengan pelbagai acara dan pertunjukan, galeri seni, aktiviti interaktif serta cabutan bertuah.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Acara tersebut akan diadakan di MAEPS, Serdang, pada 28 dan 29 Julai 2018 dari pukul 10 pagi hingga 7 petang. Pihak penganjur mensasarkan seramai 40,000 pengunjung pada tahun ini.

Peminat custom akan berpeluang bertemu dengan pelbagai tetamu jemputan antarabangsa seperti:

  • James Ken Blackmon dan Wilburlavard Thomas III dari Trico (USA)
  • Dean Ian Micetich dan Jimmy Dean Horn Jr. dari Dice Magazine (USA)
  • Mark Arcenal dari Illest/Fatlace; (USA)
  • Jeff Holt dari V-Twin Visionary Magazine (USA)
  • Nau Shima dan Yuki Hitomi dari Tokyo Indians MC (Jepun)

Mark Arcenal from Illest_Fatlace; USA

  • Ray Luke Matthew Bellerby dari Fuel Tank Magazine (Australia)
  • Geoffrey Douglas Baldwin dari Return of the Café Racers (Australia)
  • Makoto Watanabe dari Chopper Journal Magazine (Jepun)
  • Yoshida Shinya dari YENC Magazine (Jepun)
  • Kanda Manabu dari Kalifornia Look Magazine (Jepun)

4. NAU SHIMA (Tokyo Indian MC) & 1947 INDIAN CHIEF

  • Dino Dalle Carbonare dari Speedhunters.com (Jepun)
  • The Nash dari Burnout Magazine (Jepun)
  • Shige Suganuma dan Hiro “Wildman” Ishii dari MOONEYES (Jepun)
  • Gen dari Love Ear Art (Jepun)
  • Ken Sugihara dari Fustyworks (Jepun)

Cynar

  • Mr. G Tiki Art & Pinstriping (Jepun)
  • Makoto M&K Custom Signs (Jepun)
  • Cynar (Jepun)
  • Daisuke Sakon dari Kustomstyle (Japan)

Acara-acara istimewa yang akan diadakan termasuklah:

  • Art of Speed Invitational Bike Build Off 2018 yang akan menyaksikan lapan pembina dari Malaysia dan Singapura bersaing antara satu sama lain bagi merebut hadiah wang tunai.
  • Sambutan ulangtahun ke-50 Hot Wheels bersama Dmitriy Shakhmatov, pengurus reka bentuk produk global Hot Wheels.
  • Pertandingan papan luncur dan BMX serta bengkel seni House of Vans

AOS16PR-53

  • Pertunjukan denim Hail Vintage 2018
  • Art of Speed X Dice Magazine Party yang menampilkan artis seperti Gerhana Ska Cinta dan Black & Blues Band. Ia akan diadakan di Jenerator, KL City Walk pada 28 Julai dari pukul 10 malam hingga 1 pagi.
  • Kerjasama antara Mudah.my dan Pa’din Musa yang akan mendedahkan sebuah motosikal custom streetcub.

RWB Porsche 911

Pentas utama AOS yang dikenali sebagai ‘Sound Circus’ akan menampilkan Fox Wanna Fly  yang akan mempersembahkan lagu tema rasmi AOS yang bertajuk “Inspirasi”. Selain itu, kumpulan Plague of Happiness dan Bittersweet akan turut membuat persembahan.

Cabutan bertuah akan diadakan pada kedua-dua hari di mana pengunjung berpeluang untuk memenangi pakej ke pertunjukan Yokohama Hotrod Custom Show 2018 dan sebuah motosikal custom C600R Streetcub dari FNG Works.

6. BRYAN SCOTT THOMPSON from THOMPSON CYCLES feat. 1955 VANS TRIUMPH

Seperti biasa, pihak penganjur akan membawa koleksi kenderaan vintaj dan custom dari luar negara. Tahun ini, pengunjung boleh menyaksikan:

  • Nau Shima dan Yuki Hitomi dari Tokyo Indians MC dengan dua unit motosikal India Chief 1947.
  • Shige Suganuma dengan Harley-Davidson Sportster “MQQN DIGGER” dan jentera drag Beetle yang dibina oleh Masashi Tazaki dari One Low Japan dan pemandu Yutaka Kijimoto.
  • Bryan Scott Thompson dari Thompson Cycles dengan motosikal Vans Triumph 1955.

AOS16PR (65)

Aktiviti-aktiviti lain yang menanti pengunjung adalah:

  • Sesi tunggang uji motosikal Indian Motorcycles dan Royal Enfield
  • Roda Rumble 2018
  • Food Park dengan kendera saji (food truck) dan pasar lambak vintaj

Tiket Art of Speed 2018 dijual pada harga RM15 bagi kemasukan umum dan RM30 bagi pas ‘speedlane’.

Previous post

Jaguar F-Pace SVR Akan Debut UKnya di Festival Goodwood of Speed

Next post

Hyundai Gesa Pelanggan Guna Alat Ganti Tulen

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *