Berita Auto

BMW Malaysia dan Regas Premium Sabah Buka Pusat 4S di Kota Kinabalu

Regas Premium Sabah dan BMW Malaysia telah melancarkan bilik pameran BMW dan BMW Motorrad yang terbaharu di Kota Kinabalu, Sabah.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Regas Premium Sabah akan menggantikan FM Autohaus sebagai pengedar terbaharu BMW Group Malaysia di Kota Kinabalu dan akan beroperasi di dalam fasiliti bersaiz 53,500 kaki persegi yang terletak di Jalan Penampang.

Ia menawarkan rangkaian perkhidmatan yang menyeluruh termasuk Jualan, Servis, Alat Ganti dan Sistem (4S) bagi jenama BMW dan BMW Motorrad, serta fasiliti servis bagi jenama BMW i dan MINI.

Regas Premium Sabah

Kini, BMW Group Malaysia mempunyai rangkaian yang terdiri daripada 20 pengedar BMW, 8 pengedar MINI, dan 9 pengedar BMW Motorrad di seluruh negara. Regas Premium Sabah terletak di Lot 17362, Mile 3, Lido, Jalan Penampang, 88300 Kota Kinabalu, Sabah.

Previous post

Barisan Pemandu Baharu Bersedia Untuk Vios Challenge Musim Ke-2

Next post

Afif Muncul Juara di Jasin

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *