Cerita Auto

Land Rover Defender SVX James Bond Untuk Dijual

Sebuah Land Rover Defender SVX yang digunakan semasa penggambaran filem James Bond iaitu Spectre pada tahun 2015 akan dilelong pada 13 Julai ini di acara Bonhams Goodwood Festival of Speed.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Defender SVX ini dibangunkan berdasarkan model Defender 110 Crew Cab dan telah dibaik pulihkan oleh divisyen Special Vehicle Operations (SVO) dengan bantuan pakar Land Rover, Bowler. Unit ini mempunyai nombor pendaftaran “OO07 SVX” dan merupakan salah satu daripada 10 unit yang dibina.

land-rover-defender-svx-from-james-bond-spectre-film (1)

Antara modifikasi yang telah dilakukan adalah tayar ‘all-terrain’ gergasi, suspensi Bowler dengan peredam Bilstein, serta ‘lift kit’. Manakala bahagian kabin pula menampilkan tempat duduk Recaro dan ‘roll cage’. Jentera ini dikuasakan oleh enjin turbodiesel 185 hp.

land-rover-defender-svx-from-james-bond-spectre-film (2)

Bidaan bagi Defender SVX ini dijangka akan mencecah £220,000 (RM1.3 juta).

land-rover-defender-svx-from-james-bond-spectre-film (3)

land-rover-defender-svx-from-james-bond-spectre-film (4)

land-rover-defender-svx-from-james-bond-spectre-film (5)

Previous post

BMW i8 Tergolek ### Di Jalan Gua Musang - Kuala Krai

Next post

Set Koleksi Diver Dari Bell & Ross

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *