Cerita Auto

BMW i8 Tergolek ### Di Jalan Gua Musang – Kuala Krai

Sebuah kereta mewah jenis BMW i8 bernilai kira-kira RM1.2 juta rosak teruk selepas terbabas dan terbalik ke dalam longkang di Kilometer 69, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dekat Kampung Sungai Lakit, 24 Jun 2018.
Dalam kejadian pukul 7.30 malam itu, seorang pemandu berusia 34 tahun dan seorang lagi penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.
BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd. Taufik Maidin berkata, kereta milik seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri itu dalam perjalanan dari Kuala Krai ke Gua Musang.
Katanya, sebaik tiba di lokasi kereta berkenaan dipercayai hilang kawalan selepas cuba mengelak seekor binatang yang melintas.
“Ketika kejadian hujan turun renyai-renyai menyebabkan jalan licin sehingga pemandu tidak dapat mengawal kenderaannya lalu terbabas ke dalam longkang.
“Kita menerima laporan kejadian kemalangan itu daripada seorang pengguna jalan raya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Tambah Mohd. Taufik, pemandu kenderaan berkenaan telah membuat laporan mengenai  kejadian kemalangan itu.
Katanya, kenderaan mewah tersebut yang mengalami kerosakan pada cermin hadapan dan beberapa bahagian lain juga masih disimpan di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang untuk siasatan lanjut.
Previous post

Perodua Terima Tempahan Fleet 1,000 Unit Bagi Perkhidmatan Ride-hailing & Ride-sharing

Next post

Land Rover Defender SVX James Bond Untuk Dijual

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *